Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 29 Oktober 2012. Setiap isi mempunyai tarikh yang membolehkan anda membuat persiapan untuk sekolah setiap minggu.
1. Bagaimanakah Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak-Nya di bumi? [3 Sept., bh bab 8 per. 21]
2. Mengapakah pembinasaan orang fasiq akan berlaku dengan tiba-tiba dan tanpa diduga? [17 Sept., bh bab 9 per. 17]
3. Bagaimanakah nubuat Daniel tentang kedatangan Mesias dan Kerajaan Tuhan menunjukkan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang menguasai “musim dan masa”? (Dan. 2:21) [24 Sept., w12 5/15 ms. 19 per. 8, 9]
4. Apakah yang dilambangkan oleh tanah liat dalam kaki patung besar? (Dan. 2:41) [24 Sept., w12 6/15 ms. 16 per. 9]
5. Apakah yang boleh kita simpulkan tentang bilangan jari kaki patung yang disebutkan di Daniel 2:41? [24 Sept., w12 6/15 ms. 16 per. 11]
6. Kerajaan manakah yang akan dibinasakan seperti yang tercatat di Daniel 2:44? [24 Sept., w12 6/15 ms. 17, kotak]
7. Berapa panjangkah jangka masa yang disebut di Daniel 9:25? [8 Okt., bh ms. 229 per. 2]
8. Apakah itu ilmu ramal, dan mengapakah kita patut mengelakkan ilmu ramal? [8 Okt., bh bab 10 per. 11]
9. Bagaimanakah “pengetahuan yang benar” akan melimpah pada “akhir zaman”? (Dan. 12:4, NW) [15 Okt., bh bab 9 per. 13]
10. Bagaimanakah nubuat di Hosea 11:1 digenapi? [29 Okt., w11 8/15 ms. 10 per. 10]