“Kasihilah Sesama Saudara Seiman”
Kata-kata tajuk ini diilhami Tuhan dan ditulis hampir 2,000 tahun dahulu. (1 Ptr. 2:17) Namun kata-kata ini masih sangat penting pada zaman kita! Bagaimanakah kita dapat mengasihi persaudaraan sedunia yang begitu besar? Bagaimanakah kasih kita boleh bertahan dalam dunia yang tiada kasih? (Mat. 24:12) Selepas menonton video Our Whole Association of Brothers (Seluruh Persaudaraan Kristian Kita), dapatkah anda menjawab soalan berikut?
(1) Bilakah kita menganggotai persaudaraan Kristian kita? (2) Apakah tiga perkara yang dilakukan oleh persaudaraan Kristian kita? (3) Bagaimanakah saudara saudari kita menunjukkan tekad untuk menginjil (a) di padang gurun Alaska, (b) di pelabuhan besar Eropah, dan (c) di hutan tebal Peru? (4) Mengapakah kita tidak patut berasa bahawa kerja penyebaran ialah kerja yang biasa sahaja? (5) Berikan contoh bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa melegakan hati dan menyokong satu sama lain (a) selepas gempa bumi, (b) selepas taufan, dan (c) semasa perang saudara. (6) Bagaimanakah kita menonjolkan tanda persaudaraan Kristian kita? (Yoh. 13:35) (7) Apakah manfaatnya berganding bahu untuk membina Dewan Perjumpaan sendiri? (8) Bagaimanakah saudara saudari di Eropah Timur dan Rusia memelihara kerohanian semasa kerja kita diharamkan? (9) Bagaimanakah ramai saudara saudari berusaha gigih untuk menghadiri konvensyen? Mengapa? (10) Bagaimanakah video ini memperkuat tekad anda (a) untuk menyembah Yehuwa bersama saudara saudari di perjumpaan Kristian, (b) untuk membantu orang dalam kesusahan, dan (c) untuk terus menginjil di mana sahaja dalam pelbagai cara? (11) Bagaimanakah dan bilakah anda boleh menggunakan video ini dalam kerja penyebaran?
Kasih kepada Yehuwa merupakan sebab utama kita menganggotai persaudaraan Kristian ini. Kita gemar belajar dan mengajar orang lain tentang-Nya. Dan kita mengasihi orang yang dikasihi Yehuwa. Apabila kita membantu mereka semasa kesusahan, kita tidak mengharapkan balasan daripada Tuhan. Sebaliknya, kita bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniai kita persaudaraan Kristian ini. Seraya dunia yang tiada kasih ini sampai penghujungnya, marilah kita terus menunjukkan kasih kepada segenap persaudaraan Kristian kita!