Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 26 Ogos 2013. Setiap isi mempunyai tarikh yang membolehkan anda membuat persiapan untuk sekolah setiap minggu.
1. Mengapakah dan bagaimanakah Herodes menindas Petrus? (Kis. 12:4-6) [1 Julai, w12 15/1 ms. 11 per. 11, 12]
2. Bagaimanakah daya aktif membimbing Paulus dan rakan-rakannya, dan apakah pengajarannya? (Kis. 16:6-10) [8 Julai, w12 15/1 ms. 9-11 per. 4, 8-9]
3. Bagaimanakah pembelajaran Bible patut mempengaruhi anda? (Kis. 18:8) [15 Julai, bh ms. 204 per. 7]
4. Siapakah golongan orang yang “adil benar” dan “tidak adil benar” yang akan dibangkitkan? (Kis. 24:15) [22 Julai, bh ms. 82, 83 per. 17-19]
5. Bagaimanakah Paulus terus memberikan kesaksian semasa dia ditahan di Roma, dan bagaimanakah kita dapat meniru teladannya? (Kis. 28:17, 23) [29 Julai, w12 15/1 ms. 13 per. 18, 21]
6. Adakah pornografi tidak berbahaya seperti yang didakwa sesetengah orang? (Rm. 1:26, 27) [5 Ogos, lv ms. 114-116 per. 9]
7. Apakah yang boleh kita lakukan jika kita marah terhadap seseorang? (Rm. 3:23) [5 Ogos, w12 15/11 ms. 30 per. 15]
8. Apakah kunci untuk menikmati kebebasan sejati? (Rm. 8:5, 6) [12 Ogos, w12 15/7 ms. 8-9 per. 7-9]
9. Apakah jenis hiburan yang harus kita tolak, dan mengapa? (Rm. 12:9) [19 Ogos, w11 15/10 ms. 9 per. 6]
10. Memandangkan kita hidup pada hari-hari terakhir, apakah yang perlu kita lakukan? (Rm. 13:11) [26 Ogos, w12 15/3 ms. 18 per. 17-18]