Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan bagi Mac dan April: Mana-mana brosur 32 muka surat dalam bahasa Malaysia. Mei dan Jun: Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? atau mana-mana risalah dalam bahasa Malaysia. Bagi bahasa peribumi yang lain, Berita Baik daripada Tuhan!, Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya atau Dengarlah Cakap Tuhan. Berusaha untuk memulakan pembelajaran Bible.
◼ Sambutan Peringatan akan diadakan pada hari Isnin, 14 April 2014. Jika perjumpaan sidang jatuh pada hari tersebut, sila tukar ke hari lain pada minggu yang sama semasa dewan tidak digunakan. Jika Perjumpaan Aktiviti Penyebaran dibatalkan, koordinator badan penatua boleh memilih bahagian-bahagian yang sesuai untuk sidang dan membincangkannya semasa perjumpaan lain pada bulan itu.
◼ Tajuk ceramah umum yang akan disampaikan oleh penyelia litar pada bahagian kedua tahun aktiviti penyebaran 2014 adalah, “Diselamatkan daripada Kesusahan Dunia.”