PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Februari ms. 5
  • ‘Mengisytiharkan Masa Yehuwa Menyelamatkan Umat-Nya’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Mengisytiharkan Masa Yehuwa Menyelamatkan Umat-Nya’
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Februari ms. 5

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 58-62

‘Mengisytiharkan Masa Yehuwa Menyelamatkan Umat-Nya’

‘Masa bagi Yehuwa untuk menyelamatkan umat-Nya’

61:1, 2

  • Waktu itu merujuk kepada masa Yehuwa memberikan peluang kepada orang yang berhati jujur untuk dibebaskan

  • Pada abad pertama, masa itu bermula pada tahun 29 M, apabila Yesus memulakan kerja penyebarannya. Masa itu berakhir apabila Yehuwa “mengalahkan musuh-musuh” pada tahun 70 M, semasa Yerusalem dimusnahkan

  • Pada zaman sekarang, masa itu bermula pada tahun 1914, apabila Yesus menjadi raja di syurga, dan akan berakhir dengan kesengsaraan besar

Garis masa yang menunjukkan masa Yehuwa menyelamatkan umat-Nya dari tahun 29 M hingga 70 M dan dari 1914 hingga kesengsaraan besar

Yehuwa memberkati umat-Nya dengan “pokok yang . . . melakukan hal yang benar”

61:3, 4

  • Dalam bahasa Ibrani, perkataan “pokok” dalam ayat ini merujuk kepada pokok yang besar dan teguh

  • Pokok-pokok yang tertinggi di dunia biasanya tumbuh bersama di hutan. Setiap pokok menyokong satu sama lain

  • Akar-akar pokok yang saling berjalin membantu pokok berdiri teguh semasa ribut melanda

  • Pokok-pokok yang tinggi menyediakan perlindungan bagi pokok yang muda. Dedaun yang gugur pula menyuburkan tanah

Orang Kristian di seluruh dunia meraih manfaat daripada bimbingan dan perlindungan yang disediakan oleh “pokok yang . . . melakukan hal yang benar,” iaitu saki-baki kaum terurap di bumi

Pokok-pokok besar dengan akar yang teguh menyediakan perlindungan bagi pokok yang muda
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi