KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati—Menolak Sikap Mementingkan Diri dan Tidak Cepat Naik Marah
MENGAPA PENTING: Yesus berkata bahawa kasih ialah tanda pengenal pengikutnya. (Yoh 13:34, 35) Kasih Kristian mendorong kita untuk mengutamakan orang lain dan tidak cepat naik marah.—1Ko 13:5.
CARANYA:
Jika kata-kata atau perbuatan seseorang menyakiti hati kita, berhenti sejenak dan fikirkan mengapa dia bertindak sedemikian. Sebelum kita bertindak, renungkan apa kesannya.—Ams 19:11
Ingat bahawa kita semua tidak sempurna. Kita pasti melakukan atau mengatakan sesuatu yang mungkin kita kesali
Selesaikan perselisihan dengan serta-merta
SILA LIHAT VIDEO HENDAKLAH “KAMU SALING MENGASIHI”—MENOLAK SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DAN TIDAK CEPAT NAIK MARAH. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah reaksi Larry semasa mendengar cadangan Tom?
Apakah yang membantu Tom untuk mengawal emosinya?
Apakah hasil yang diraih apabila Tom menjawab dengan lemah lembut?
Apakah manfaat yang diraih sidang jika kita tidak cepat naik marah?