PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb19 Februari ms. 8
  • Terus Menunggu dengan Tabah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Terus Menunggu dengan Tabah
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Janganlah Kehilangan Hadiah Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • “Biarlah Ketabahan Kamu Mencapai Tujuannya”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Teruslah Berpaut pada Organisasi Yehuwa
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
mwb19 Februari ms. 8

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Terus Menunggu dengan Tabah

Berapa lamakah anda telah menunggu kedatangan Kerajaan Tuhan? Adakah anda mengharungi kesusahan hidup dengan tabah? (Rm 8:25) Sesetengah orang Kristian dibenci, dilayan dengan teruk, dipenjarakan, dan bahkan ada yang diancam maut. Yang lain pula menghidapi penyakit serius atau mengalami kesusahan akibat usia yang meningkat.

Apakah yang dapat membantu kita untuk terus menunggu dengan tabah? Kita mesti menguatkan iman kita dengan membaca dan merenungkan Bible setiap hari, dan bertumpu kepada harapan kita. (2Ko 4:16-18; Ibr 12:2) Selain itu, kita mesti berdoa kepada Yehuwa dan memohon kuasa suci-Nya. (Lu 11:10, 13; Ibr 5:7) Bapa kita yang pengasih akan membantu kita untuk terus bertabah “menempuh segala sesuatu dengan sabar dan sukacita.”​—Kol 1:11.

SILA LIHAT VIDEO KITA MESTI “BERLARI DENGAN TABAH”​—YAKINLAH ANDA AKAN MENERIMA HADIAH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Jamie dan isterinya dalam kerja penyebaran

    Apakah “kejadian yang tidak terduga” yang boleh berlaku dalam hidup kita? (Pkh 9:11)

  • Selepas kena strok, Carl mengongsi ayat Bible dengannya

    Bagaimanakah doa dapat membantu kita semasa menghadapi kesusahan?

  • Jamie dan Carl mengunjungi sepasang suami isteri

    Walaupun kita tidak dapat bergiat seperti dahulu dalam khidmat Yehuwa, mengapakah kita harus berfokus untuk melakukan apa yang terdaya?

  • Jamie membayangkan dirinya aktif dan sihat semula di Firdaus

    Bertumpulah kepada hadiah anda

    Apakah yang membantu anda untuk tetap yakin bahawa anda akan menerima hadiah yang dijanjikan?

Bagaimanakah anda dapat menyokong rakan-rakan yang menghadapi kesusahan dan ahli keluarga mereka?

  • Berikan kata-kata galakan dan jangan bandingkan mereka dengan orang lain

  • Jadilah pendengar yang baik

  • Berdoalah untuk mereka dan bersama mereka

  • Sediakan makanan atau lakukan kerja rumah untuk mereka

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi