HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 KORINTUS 4-6
“Kita Tidak Berputus Asa”
Bayangkan dua keluarga yang tinggal di sebuah bangunan yang usang. Keluarga pertama putus harapan manakala yang kedua pula kelihatan gembira. Mengapa? Hal ini kerana keluarga kedua itu akan berpindah ke rumah yang baharu dan cantik tidak lama lagi.
Meskipun “sehingga sekarang, semua ciptaan sama-sama mengerang dan menderita kesakitan,” umat Tuhan memiliki harapan yang membantu mereka bertabah. (Rm 8:22) Kita tahu bahawa masalah kita, termasuk yang telah kita lalui selama bertahun-tahun, hanyalah “sementara dan tidak seberapa berat” berbanding kehidupan kekal di dunia baharu nanti. Dengan bertumpu kepada berkat Kerajaan Tuhan, kita dapat tetap bersukacita dan tidak berputus asa.