KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Dapatkah Anda Menjelaskan Kepercayaan Anda?
Jika seseorang bertanya kepada anda mengapa anda percaya penciptaan, bagaimanakah anda akan menjawabnya? Untuk menjawab dengan yakin, lakukanlah dua perkara ini: Pertama, anda harus membuktikan kepada diri sendiri bahawa segala sesuatu diciptakan oleh Tuhan. (Rm 12:1, 2) Kemudian, fikirkanlah bagaimana anda boleh menjelaskan kepercayaan anda.—Ams 15:28.
SILA LIHAT VIDEO PAKAR BEDAH ORTOPEDIK MENJELASKAN KEPERCAYAANNYA DAN VIDEO SEORANG AHLI ZOOLOGI MENJELASKAN IMANNYA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Mengapakah Irène Hof Laurenceau mempercayai penciptaan dan bukan teori evolusi?
Mengapakah Yaroslav Dovhanych mempercayai penciptaan dan bukan teori evolusi?
Bagaimanakah anda dapat menjelaskan sebab anda mempercayai penciptaan?
Sebutkan bahan-bahan yang disediakan oleh organisasi Yehuwa dalam bahasa anda yang dapat membantu anda dan orang lain yakin bahawa Tuhan ialah Pencipta.