HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 42-43
Yusuf Dapat Mengawal Diri dengan Baik
Bayangkanlah pergolakan emosi yang dirasai oleh Yusuf sewaktu dia bersemuka dengan abang-abangnya secara tiba-tiba. Pada waktu itu, dia boleh memilih untuk membalas dendam, atau dia boleh segera memberitahu mereka bahawa dia ialah Yusuf lalu memeluk mereka. Tetapi dia tidak bertindak secara terburu-buru. Bagaimana pula dengan anda? Apakah yang anda akan lakukan jika ahli keluarga atau orang lain melayan anda secara tidak adil? Teladan baik Yusuf mengajar kita pentingnya untuk mengawal diri dan bertenang, dan bukannya mengikut keinginan hati yang licik dan bertindak tanpa berfikir panjang.
Bagaimanakah anda dapat meniru teladan Yusuf dalam kehidupan seharian?