PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb21 Januari ms. 3
  • Ibu Bapa, Ajarlah Anak Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ibu Bapa, Ajarlah Anak Anda
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Ibu Bapa—Latihlah Anak Anda untuk Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Lindungi Keluarga Anda daripada Pengaruh Buruk
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
mwb21 Januari ms. 3
Anak sedang berkata, ‘Tidak!’ semasa sesi latihan bersama ibu bapa mereka yang mengajar mereka cara untuk melindungi diri.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ibu Bapa, Ajarlah Anak Anda

Kita hidup di dunia yang mengajarkan bahawa yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik. (Yes 5:20) Sedihnya, sesetengah orang melakukan apa yang dibenci Yehuwa termasuk hubungan seks sejenis. Rakan sekolah dan orang lain mungkin menggoda anak-anak kita untuk ikut haluan mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk menolak pengaruh buruk mereka?

Ajarlah anak anda prinsip Yehuwa. (Im 18:3) Beritahu mereka apa yang dikatakan Bible tentang seks. Kongsilah maklumat yang sesuai dengan umur mereka. (Ul 6:7) Tanyalah diri, “Pernahkah saya mengajar anak saya cara yang betul untuk menunjukkan kasih sayang, pentingnya untuk memakai pakaian yang sopan, dan cara untuk melindungi diri supaya orang lain tidak mengambil kesempatan atas mereka? Adakah anak saya akan tahu apa yang mereka harus lakukan jika orang menunjukkan bahan lucah kepada mereka atau meminta mereka untuk melakukan sesuatu yang dilarang Yehuwa?” Pengetahuan tentang hal-hal ini boleh membantu mereka untuk mengelakkan bahaya. (Ams 27:12; Pkh 7:12) Dengan mengajar mereka, anda menunjukkan anda mengasihi anak anda yang dianugerahkan Tuhan.​—Mz 127:3.

SILA LIHAT VIDEO DIRIKAN RUMAH TANGGA YANG TEGUH​—LINDUNGILAH ANAK ANDA DARIPADA “APA YANG JAHAT.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video ‘Dirikan Rumah Tangga yang Teguh—Lindungilah Anak Anda daripada ‘Apa yang Jahat.’’ Seorang ibu dan anak lelakinya menonton video ‘Lindungilah Anak-Anak Anda.’

    Mengapakah sesetengah ibu bapa berasa susah untuk ajar anak tentang seks?

  • Adegan daripada video ‘Dirikan Rumah Tangga yang Teguh—Lindungilah Anak Anda daripada ‘Apa yang Jahat.’’ Ibu bapa membincangkan buku ‘Guru Agung’ dan bahan bacaan lain dengan dua orang anak mereka.

    Mengapakah ibu bapa harus membesarkan anak dengan “disiplin dan nasihat daripada Yehuwa”?​—Ef 6:4

  • Adegan daripada video ‘Dirikan Rumah Tangga yang Teguh—Lindungilah Anak Anda daripada ‘Apa yang Jahat.’’ Ibu bapa di Afrika membaca dan membincangkan ayat Bible dengan anak mereka.

    Pengetahuan dapat melindungi seseorang

    Apakah yang disediakan oleh organisasi Yehuwa untuk bantu ibu bapa ajar anak tentang seks?​—w19.05 12, kotak

  • Mengapakah ibu bapa harus berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak sebelum masalah muncul?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi