PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb24 Mac ms. 2-3
  • 4-10 Mac

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 4-10 Mac
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
mwb24 Mac ms. 2-3

4-10 MAC

MAZMUR 16-17

Lagu 111 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Yehuwa, Engkaulah Sumber Segala Kebaikan Bagiku”

(10 min.)

Bersahabat dengan orang yang menyembah Yehuwa buat kita rasa gembira (Mz 16:​2, 3; w18.12 26 ¶11)

Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan Yehuwa, kita juga rasa gembira dan puas hati (Mz 16:​5, 6; w14 15/2 29 ¶4)

Yehuwa melindungi kita secara rohani. Hal ini membuat kita rasa aman dan tenteram (Mz 16:​8, 9; bh 134 ¶5)

Dua orang saudari berpelukan di Dewan Perjumpaan. Orang lain di sekeliling mereka kelihatan gembira.

Seperti Daud, kita dapat menikmati hidup yang bermakna dan memuaskan kerana kita mengutamakan Yehuwa dalam hidup kita.

TANYALAH DIRI, “Bagaimanakah kehidupan saya menjadi lebih baik selepas mengenali kebenaran?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 17:8​—Apakah yang dimaksudkan dalam Bible semasa istilah “biji mata-Mu” digunakan? (it-1 432)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

(4 min.) Mz 17:​1-15 (th pelajaran 5)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(1 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan jemputan Peringatan. (th pelajaran 11)

5. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan jemputan Peringatan. Selepas penghuni rumah menunjukkan minat, perkenalkan dan bincangkan video Kenanglah Kematian Yesus. (th pelajaran 9)

6. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tawarkan jemputan Peringatan. (th pelajaran 2)

7. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 14 pengenalan dan poin 1-3 (th pelajaran 6)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 20

8. Cara Membuat Persiapan untuk Sambutan Peringatan

(15 min.) Perbincangan.

Wain merah dan roti tidak beragi atas meja di Dewan Perjumpaan.

Pada Ahad, 24 Mac, kita akan menyambut ulang tahun kematian Yesus, seperti yang diperintahkan olehnya. Acara ini membantu kita mengingati korban tebusan Kristus, iaitu kurniaan yang mencerminkan kasih yang paling agung daripada dua individu. (Lu 22:19; Yoh 3:16; 15:13) Bagaimanakah kita dapat membuat persiapan bagi peristiwa yang istimewa ini?

  • Sertai kempen dengan bersemangat, dan jemputlah orang untuk menghadiri ceramah istimewa dan Peringatan. Senaraikan kenalan yang anda ingin jemput. Jika mereka tinggal di luar kawasan penyebaran anda, carilah masa dan lokasi bagi acara-acara ini yang berdekatan dengan mereka melalui jw.org

  • Tingkatkanlah usaha anda dalam aktiviti penyebaran pada bulan Mac dan April. Dapatkah anda menjadi perintis sokongan dengan memenuhi kuota masa 15 atau 30 jam?

  • Mulai 18 Mac, bacalah tentang peristiwa penting yang berlaku pada minggu terakhir kehidupan Yesus di bumi. Anda boleh menentukan berapa banyak bahan yang anda ingin baca setiap hari daripada jadual pembacaan Bible pada muka surat 6-7

  • Pada hari Peringatan, tontonlah program Penyembahan Pagi istimewa di jw.org

  • Semasa Peringatan, sambutlah orang baharu dan saudara saudari yang tidak aktif dengan ramah. Selepas program, luangkan masa untuk menjawab pertanyaan mereka. Buat aturan untuk mengunjungi mereka lagi dan memupuk minat mereka

  • Sebelum dan selepas Peringatan, renungkanlah korban tebusan Yesus

Mainkan VIDEO Kenanglah Kematian Yesus. Kemudian tanya hadirin:

Bagaimanakah kita dapat menggunakan video ini semasa kempen Peringatan?

9. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 6 ¶18-24, kotak pada ms. 54

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 73 dan Doa

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi