PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb25 Januari ms. 6-7
  • 27 Januari–2 Februari

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 27 Januari–2 Februari
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
mwb25 Januari ms. 6-7

27 JANUARI–2 FEBRUARI

MAZMUR 140-143

Lagu 44 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Bertindak Selaras dengan Rayuan Anda

(10 min.)

Sedia menerima teguran dan nasihat (Mz 141:5; w22.02 12 ¶13-14)

Renungkan cara Yehuwa menyelamatkan kita dan umat-Nya dahulu (Mz 143:5; w10-E 3/15 32 ¶4)

Berusahalah untuk memupuk pandangan Yehuwa (Mz 143:10; w15 15/3 32 ¶2)

Seorang saudara muda melakukan pembelajaran peribadi. Kolaj: 1. Dia sedang berdoa di luar. 2. Dia mendengar nasihat daripada seorang saudara yang lebih tua semasa mereka sedang melakukan aktiviti penyebaran bersama-sama.

Mazmur 140-143 bukan hanya mencatatkan rayuan Daud kepada Yehuwa tetapi juga tindakannya yang selaras dengan doanya.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 140:3​—Mengapakah Daud menyamakan lidah orang jahat dengan lidah ular? (it-2-E 1151)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

(4 min.) Mz 141:​1-10 (th pelajaran 12)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Anda lihat seseorang yang memerlukan bantuan. Hulurkan bantuan kepadanya, dan kemudian bincangkan suatu topik Bible dengannya. (lmd pelajaran 3 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Dia kata dia sibuk. (lmd pelajaran 7 poin 3)

6. Jelaskan Kepercayaan Anda

(5 min.) Demonstrasi. ijwfq rencana 21​—Tema: Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menerima Transfusi Darah? (th pelajaran 7)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 141

7. Bersedia untuk Menghadapi Situasi yang Memerlukan Rawatan Perubatan atau Pembedahan

(15 min.) Perbincangan.

Yehuwa berjanji bahawa Dia “selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.” (Mz 46:1) Salah satunya adalah semasa kita menghadapi situasi yang memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. Pada masa sebegini, kita pasti rasa sangat khuatir dan tertekan. Tetapi, Yehuwa sudah melengkapi kita untuk menghadapi saat-saat yang susah itu. Contohnya, organisasi kita menyediakan kad Arahan Penjagaan Kesihatan (DPA), Kad Pengenalan,a pelbagai dokumenb perubatan, dan aturan Jawatankuasa Perhubungan Hospital (HLC). Semua persediaan ini membantu kita mematuhi perintah Tuhan tentang darah.​—Kis 15:​28, 29.

Seorang saudari sedang mengisi kad Arahan Penjagaan Kesihatan.

Mainkan VIDEO Sudahkah Anda Bersedia untuk Menghadapi Situasi Perubatan? Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah manfaat yang diraih oleh rakan seiman kita dengan mengisi kad DPA?

  • Apakah manfaat yang diraih sesetengah orang daripada dokumen Maklumat untuk Ibu Mengandung (S-401)?

  • Mengapakah baik untuk menghubungi HLC seawal mungkin dalam apa-apa situasi yang memerlukan anda tinggal di hospital, menjalani pembedahan, atau rawatan lain seperti rawatan kanser, walaupun situasi anda nampaknya tidak melibatkan darah?

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

  • Catat keputusan anda pada kad DPA

  • Hubungi HLC dengan segera

  • Buat persiapan supaya anda dapat menjelaskan pendirian anda kepada doktor tentang transfusi darah, pecahan kecil darah, dan rawatan yang menggunakan darah sendiri.​—Lihat lff pelajaran 39

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 21 ¶14-22

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 103 dan Doa

a Penyiar yang dibaptis boleh mendapatkan kad DPA daripada pembantu bahan bacaan untuk diri mereka dan Kad Pengenalan untuk anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun.

b Dokumen-dokumen seperti Maklumat untuk Ibu Mengandung (S-401), Maklumat untuk Pesakit yang Memerlukan Pembedahan atau Kemoterapi (S-407), dan Maklumat bagi Ibu Bapa yang Anak Mereka Perlu Rawatan Perubatan (S-55) dapat diperoleh daripada penatua jika perlu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi