PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb25 Mac ms. 14-15
  • 28 April–4 Mei

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 28 April–4 Mei
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2025
mwb25 Mac ms. 14-15

28 APRIL–4 MEI

AMSAL 11

Lagu 90 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Jagalah Mulut Kita!

(10 min.)

Jangan cakap hal-hal yang dapat menyakiti orang lain (Ams 11:9; w02-E 5/15 26 ¶4)

Jangan ucapkan kata-kata yang menyebabkan perpecahan (Ams 11:11; w02-E 5/15 27 ¶2-3)

Jangan dedahkan maklumat yang peribadi atau sulit (Ams 11:​12, 13; w20.03 21-22 ¶12-13)

Dua saudara sedang berbual di Dewan Perjumpaan. Salah seorang daripada mereka mengatakan sesuatu yang negatif tentang seorang lagi saudara yang sedang berjalan ke arah mereka.

UNTUK PERENUNGAN: Bagaimanakah kata-kata Yesus di Lukas 6:45 bantu kita untuk elakkan kata-kata yang jahat?

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ams 11:17—Bagaimanakah kita “menguntungkan diri sendiri” apabila kita menunjukkan kebaikan hati? (g20.1 11, kotak)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

(4 min.) Ams 11:​1-20 (th pelajaran 5)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Cari peluang untuk memberitahu dia tentang sesuatu yang anda belajar semasa perjumpaan baru-baru ini. (lmd pelajaran 2 poin 4)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Perkenalkan dan bincangkan video daripada Bahan Utama untuk Mengajar. (lmd pelajaran 8 poin 3)

6. Jadikan Murid

(4 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Tawarkan pembelajaran Bible dan tunjukkan cara pembelajaran diadakan. (lmd pelajaran 10 poin 3)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 157

7. Jangan Biarkan Lidah Anda Menghancurkan Kedamaian

(15 min.) Perbincangan.

Oleh kerana kita tidak sempurna, kita akan mengucapkan kata-kata yang salah. (Yak 3:8) Tapi, jika kita berfikir dahulu sebelum bercakap, kita dapat menghindari kata-kata yang kita akan kesali nanti. Berikut ialah beberapa jerat yang dapat menghancurkan kedamaian:

  • Bercakap besar. Seseorang yang suka bercakap besar sering memuji diri sendiri. Sikap ini dapat menimbulkan rasa cemburu dan persaingan.—Ams 27:2.

  • Kata-kata yang tidak jujur. Selain berbohong, seseorang juga mungkin sengaja mengatakan atau menyembunyikan maklumat tertentu supaya pendengarnya mendapat tanggapan yang salah. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitu juga, bohong kecil pun dapat merosakkan nama baik kita dan membuat orang lain hilang kepercayaan terhadap kita.—Pkh 10:1.

  • Gosip yang berbahaya. Ini merupakan kata-kata umpat tentang orang lain dan kehidupan mereka. Gosip sebegini biasanya mengandungi maklumat yang tidak benar atau mendedahkan hal-hal peribadi. (1Ti 5:13) Ini dapat mengakibatkan pertengkaran dan perpecahan.

  • Kata-kata semasa marah. Semasa kita marah terhadap seseorang, kita mungkin meluahkan kata-kata yang pedas tanpa kawalan. (Ef 4:26) Ini boleh menimbulkan rasa sakit hati.—Ams 29:22.

Adegan video “ ‘Tanggalkan’ Perkara yang Menghancurkan Kedamaian​—Sedutan.” 1. Emily dan Celia duduk di sebuah kafe. Celia melihat post Haley dalam media sosial di fonnya. 2. Haley memarahi Celia di tempat letak kereta Dewan Perjumpaan.

Mainkan VIDEO ‘Tanggalkan’ Perkara yang Menghancurkan Kedamaian—Sedutan. Kemudian tanya hadirin:

  • Kata-kata kita dapat mempengaruhi kedamaian sidang. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada video ini?

Tontonlah video “Berusaha untuk Mendapatkan dan Mengekalkan Kedamaian” untuk lihat bagaimana sidang menikmati suasana yang damai semula.

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 25 ¶14-21

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu Baharu untuk Konvensyen 2025 dan Doa

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi