PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w22 Februari ms. 30
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Bahan yang Berkaitan
  • Membuat Persediaan untuk Perkahwinan yang Berjaya
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
w22 Februari ms. 30
Seorang lelaki Israel memberikan seekor lembu sebagai mas kahwin kepada bakal bapa mertuanya.

Binatang juga boleh diberikan sebagai mas kahwin

Tahukah Anda?

Mengapakah orang Israel pada zaman kuno memberikan mas kahwin?

PADA zaman Bible, mas kahwin akan diberikan kepada keluarga pengantin perempuan apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju dengan perkahwinan mereka. Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk barang berharga, binatang, atau wang. Ada kalanya, mas kahwin juga diberikan dalam bentuk perkhidmatan. Contohnya, Yakub bersetuju untuk bekerja untuk bapa Rahel selama tujuh tahun agar dapat mengahwini Rahel. (Kej. 29:17, 18, 20) Mengapakah mas kahwin diberikan?

Carol Meyers, seorang cendekiawan Bible, berkata: “Kebanyakan keluarga pada zaman dahulu bercucuk tanam. Apabila anak perempuan mereka berkahwin, mereka akan kehilangan seorang pekerja. Jadi, mas kahwin adalah seperti pampasan kepada keluarga pengantin perempuan.” Mas kahwin juga dapat menguatkan persahabatan antara keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan, dan memudahkan mereka untuk saling membantu pada masa kesusahan. Tambahan lagi, mas kahwin juga menunjukkan bahawa seorang wanita sudah bertunang dan tidak lama lagi, orang yang bertanggungjawab untuk menjaga dan melindunginya bukan lagi bapanya, tetapi suaminya.

Amalan memberikan mas kahwin tidak bermaksud seorang wanita adalah seperti barang dagangan yang boleh dijual beli. Buku Ancient Israel​—Its Life and Institutions menyatakan, “Kewajipan untuk memberikan mas kahwin atau wang hantaran mungkin membuat perkahwinan orang Israel kelihatan seperti urus niaga. Namun, nampaknya mas kahwin dianggap sebagai pampasan untuk keluarga pengantin perempuan dan bukannya harga yang dibayar untuk membeli pengantin perempuan.”

Hari ini, budaya memberikan mas kahwin masih diamalkan di sesetengah negara. Semasa ibu bapa Kristian meminta mas kahwin, mereka tidak patut meminta mas kahwin yang terlalu mahal. Dengan itu, orang lain dapat melihat bahawa mereka mempunyai “sikap munasabah” dan tidak “mencintai wang.” (Flp. 4:5; 2 Tim. 3:2; 1 Kor. 10:32, 33) Selain itu, apabila ibu bapa Kristian tidak mengenakan mas kahwin yang terlalu mahal, pengantin lelaki itu tidak perlu menangguhkan perkahwinannya kerana perlu mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar mas kahwin. Atau jika pengantin lelaki ialah seorang perintis, dia tidak akan berasa bahawa dia perlu berhenti merintis dan bekerja sepenuh masa semata-mata untuk mengumpulkan wang bagi membayar mas kahwin.

Sesetengah negara mempunyai undang-undang mengenai mas kahwin. Jadi, ibu bapa Kristian perlu mematuhi undang-undang sedemikian di negara mereka. Mengapa? Bible menghendaki orang Kristian untuk “taat kepada pihak berkuasa” dan mematuhi undang-undang yang tidak melanggar hukum Tuhan.​—Rm. 13:1; Kis. 5:29.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi