TIP PEMBELAJARAN
Kongsilah Apa yang Telah Anda Belajar
Semasa kita belajar Bible, kita rasa disegarkan. Tetapi, kita akan mendapat kesegaran yang lebih besar jika kita mengongsi dengan orang apa yang telah kita belajar. Amsal 11:25 kata, “Orang yang menyegarkan orang lain akan disegarkan.”
Apabila kita mengongsi poin yang telah kita belajar, kita akan lebih senang memahami dan mengingatinya. Selain itu, kita akan rasa gembira kerana kita dapat mengongsi poin yang bermanfaat bagi orang lain.—Kis. 20:35.
Cubalah: Pada minggu yang akan datang, carilah peluang untuk mengongsi apa yang telah anda belajar dengan orang lain. Contohnya, ahli keluarga, saudara saudari, rakan sekerja, rakan sekolah, jiran, atau orang yang anda jumpa semasa menginjil. Kongsilah poin yang telah anda pelajari secara ringkas dan jelas.
Ingatlah: Kongsilah apa yang telah anda belajar untuk menggalakkan orang lain dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.—1 Kor. 8:1.