PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 114
  • Bagaimana jika Saya Tidak Mahu Hidup Lagi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana jika Saya Tidak Mahu Hidup Lagi?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Saya Mahu Mati—Dapatkah Bible Membantu Saya apabila Saya Ingin Bunuh Diri?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Bagaimana Saya Dapat Mengatasi Kemurungan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah jika Anda Tiba-Tiba Mengalami Masalah Kesihatan?
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimanakah jika Saya Mengalami Masalah Kesihatan? (Bahagian 3)
    Kaum Muda Bertanya
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 114
Seorang remaja perempuan yang mengalami kemurungan memandang ke luar jendela semasa hujan.

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimana jika Saya Tidak Mahu Hidup Lagi?

“Beberapa tahun lalu, kerisauan saya sangat teruk sehingga saya rasa seolah-olah saya perlu lawan api setiap hari. Pada masa itu, saya ada fikir untuk bunuh diri. Sebenarnya, saya tidak mahu mati. Saya cuma mahu akhiri penderitaan saya.”—Jonathan, 17 tahun.

Dalam satu kajian terhadap kira-kira 14,000 pelajar sekolah menengah, hampir 1 daripada 5 orang mengakui pernah berfikir untuk bunuh diri dalam masa 12 bulan yang lalu.a Jika kamu pun rasa tiada gunanya untuk teruskan hidup, apa yang dapat kamu buat?

  • Tunggu. Berjanjilah pada diri sendiri bahawa kamu tidak akan bertindak terburu-buru mengikut perasaan. Walaupun masalah kamu nampaknya begitu berat, masih ada cara yang dapat membantu kamu menghadapi masalah itu.

Seorang remaja perempuan sedang mencari jalan keluar.

Kamu mungkin rasa seolah-olah terperangkap dalam masalah kamu. Namun, keadaan mungkin tidak seteruk yang kamu fikirkan. Jika kamu dapatkan bantuan, kamu dapat mencari cara untuk menghadapinya dan penyelesaiannya mungkin di depan mata kamu.

  • Prinsip Bible: “Kami diasak dari semua arah, tetapi kami tidak terhimpit sehingga tidak dapat bergerak; kami kebingungan, tetapi bukanlah sehingga kami tidak ada jalan keluar.”—2 Korintus 4:8.

    Cadangan: Jika perasaan untuk bunuh diri begitu kuat atau berterusan, dapatkanlah bantuan yang tersedia. Contohnya, hubungi talian hotline cegah bunuh diri atau pergi ke bahagian kecemasan di hospital. Orang yang bekerja di situ telah dilatih untuk memberikan bantuan, dan mereka sangat ingin membantu kamu.

  • Bercakaplah dengan seseorang. Ada orang yang mengasihi kamu dan ingin membantu kamu, seperti kawan atau ahli keluarga kamu. Mereka tidak akan tahu apa yang sedang kamu alami kecuali kamu memberitahu mereka.

Seorang remaja perempuan memakai kaca mata.

Sesetengah orang perlukan kaca mata supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Begitu juga, kawan kamu dapat membantu kamu memiliki pandangan yang betul tentang masalah kamu supaya mempunyai keinginan untuk hidup.

  • Prinsip Bible: “Sahabat sejati . . . dapat diharapkan pada masa kesusahan.”—Amsal 17:17.

    Cadangan: Untuk mulakan perbualan, kamu boleh kata, “Baru-baru ini, saya selalu ada fikiran yang sangat negatif. OK kah kalau saya cakap dengan kamu?” Atau kamu boleh kata, “Saya ada masalah yang saya tidak dapat selesaikan seorang diri. Bolehkah kamu bantu saya?”

  • Jumpa doktor. Masalah kesihatan seperti kerisauan atau kemurungan boleh menyebabkan orang tidak mahu teruskan hidup. Tapi, berita baiknya ialah masalah kesihatan ini boleh dirawat.

Seorang remaja perempuan yang sakit sedang termenung. Dia tidak makan makanan yang ada di depannya.

Sepertimana selesema boleh menyebabkan kamu hilang selera makan, kemurungan juga boleh menyebabkan kamu hilang keinginan untuk hidup. Namun, kedua-dua penyakit ini boleh dirawat.

  • Prinsip Bible: “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.”—Matius 9:12.

    Cadangan: Dapatkan tidur dan senaman yang mencukupi, serta makan makanan yang berkhasiat. Keadaan kesihatan kamu dapat mempengaruhi perasaan kamu.

  • Berdoa. Bible berkata bahawa Pencipta kita “lebih besar daripada hati kita dan mengetahui segala sesuatu.” (1 Yohanes 3:20) Jadi, berdoalah kepada-Nya hari ini. Gunakanlah nama-Nya, iaitu Yehuwa, dan luahkanlah isi hati kamu.

Seorang remaja perempuan berasa susah membawa kotak yang sangat besar.

Sesetengah beban terlalu berat untuk dipikul seorang diri. Pencipta kamu, Yehuwa, ingin membantu kamu.

  • Prinsip Bible: ‘Merayulah kepada Tuhan. Dengan demikian kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu.’—Filipi 4:6, 7.

    Cadangan: Selain beritahu Yehuwa tentang masalah kamu, cubalah fikirkan sekurang-kurang satu perkara baik dan ucapkanlah syukur kepada-Nya untuk hari itu. (Kolose 3:15) Perasaan syukur dapat membantu kamu memupuk pandangan yang lebih positif tentang hidup kamu.

Jika kamu berasa bahawa tiada gunanya untuk teruskan hidup, dapatkanlah bantuan. Itulah yang dilakukan oleh Jonathan yang disebutkan pada awal rencana ini. Dia kata, “Apabila saya selalu bercakap dengan ibu bapa saya dan dapatkan bantuan perubatan, keadaan saya lebih baik. Memang, ada kalanya saya rasa sedih, tapi saya tidak lagi bergelut dengan perasaan ingin bunuh diri.”

a Kajian ini diadakan pada tahun 2019 oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S.

Pandangan remaja lain

Alexandra.

“Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Perbezaannya ialah kamu dapat nampak jika seseorang patah tulang, namun susah untuk mengetahui jika seseorang sakit secara emosi. Jika kamu sedang menderita, janganlah takut untuk luahkannya. Tidak salah untuk minta bantuan.”—Alexandra.

Ian.

“Semasa saya muda, ibu bapa bantu saya sedar bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya atau saya dapat hadapinya. Dengan adanya tempat untuk meluahkan perasaan, iaitu ibu bapa saya, saya dibantu untuk ada pandangan yang realistik tentang masalah saya.”—Ian.

Ayat Bible yang dapat membantu

Cubalah buat senarai ayat Bible yang dapat membantu kamu semasa tertekan. Berikut merupakan beberapa contoh:

Mazmur 34:18: “Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati; Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.”

Maksud: Yehuwa sangat mengambil berat terhadap orang yang berasa bahawa masalah mereka terlalu berat. Dia mahu membantu mereka.

Mazmur 46:1: “Tuhan ialah tempat naungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.”

Maksud: Bila-bila sahaja kamu rasa risau, kamu boleh berdoa kepada Yehuwa. Dia bersedia dan ingin membantu kamu bertabah menghadapi situasi kamu.

Mazmur 94:18, 19: “Ya Yehuwa, apabila aku berkata, ‘Kakiku tergelincir,’ kasih setia-Mu sentiasa menyokongku. Apabila aku dilanda kekhuatiran, Engkau menenangkan dan melegakan jiwaku.”

Maksud: Tuhan dapat memberi kamu kelegaan yang diperlukan melalui Firman-Nya, iaitu Bible. Berusahalah untuk membacanya setiap hari!

Mazmur 139:23, 24: “Ya Tuhan, selidikilah aku . . . dan ketahuilah kerunsinganku. Periksalah sama ada terdapat kecenderungan yang salah dalam diriku dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi.”

Maksud: Yehuwa mengenali kamu lebih baik daripada kamu mengenali diri sendiri. Dia dapat membantu kamu membetulkan fikiran yang berbahaya supaya kamu mendapat semula sukacita dalam hidup.

Yesaya 41:10: “Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu. Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.”

Maksud: Tidak kira apa pun kesusahan yang kamu hadapi, Yehuwa dapat memberi kamu kekuatan untuk bertabah.

Ulang kaji: Bagaimana jika saya tidak mahu hidup lagi?

  • Tunggu. Berjanjilah pada diri sendiri bahawa kamu tidak akan bertindak terburu-buru. Ada banyak bantuan tentang cara menghadapi masalah kamu.

  • Bercakaplah dengan seseorang. Kawan atau ahli keluarga kamu tidak akan tahu apa yang sedang kamu alami kecuali kamu memberitahu mereka.

  • Jumpa doktor. Perasaan ingin bunuh diri merupakan satu simptom kemurungan. Penyakit ini boleh dirawat.

  • Luahkanlah perasaan melalui doa. Tuhan mengenali kamu lebih baik daripada kamu mengenali diri sendiri, dan Dia ingin membantu kamu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi