PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwwd rencana 39
  • Cangkerang Kumbang Berbaju Besi yang Keras

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cangkerang Kumbang Berbaju Besi yang Keras
  • Siapakah Perekanya?
Siapakah Perekanya?
ijwwd rencana 39
Kumbang berbaju besi.

Heather Broccard-Bell/iStock via Getty Images

SIAPAKAH PEREKANYA?

Cangkerang Kumbang Berbaju Besi yang Keras

Diabolical ironclad beetle (Phloeodes diabolicus) atau kumbang berbaju besi hidup di bahagian barat Amerika Utara. Menurut para penyelidik, kumbang ini dapat menahan berat kira-kira 39,000 kali ganda berat badannya. Serangga ini bahkan tidak mati jika digilis kereta. Apakah rahsianya?

Terdapat sambungan-sambungan di sisi kumbang ini yang menghubungkan bahagian atas dan bawah cangkerangnya. Salah satu sambungannya keras dan dapat bertahan apabila dimampatkan. Fungsi ini bantu melindungi organ-organ penting dalam kumbang. Satu lagi sambungannya lebih lentur dan dapat mengubah bentuknya. Sambungan yang ketiga pula membolehkan bahagian atas cangkerang untuk bergerak. Maka, kumbang ini dapat memasuki tempat yang sempit, seperti di bawah kulit pokok atau antara celah-celah batu.

Selain itu, terdapat bonjol-bonjol yang berbentuk seperti kepingan jigsaw puzzle yang saling mengunci di sepanjang bahagian tengah cangkerang. Ini berfungsi untuk mengagihkan tekanan. Bahagian itu terdiri daripada lapisan tisu yang digabungkan dengan protein. Apabila dimampatkan, protein-protein tersebut akan mempunyai retakan kecil yang kemudiannya akan pulih. Maka, cangkerangnya tetap utuh dan dapat menyerap tekanan dengan baik.

Gambar kumbang berbaju besi, sambungan di sisi cangkerangnya, dan bonjol-bonjol yang berbentuk seperti kepingan jigsaw puzzle yang saling mengunci.

Bonjol-bonjol yang berbentuk seperti kepingan jigsaw puzzle saling mengunci

Anak panah merah menunjukkan sambungan di sisi yang menghubungkan bahagian atas dan bawah cangkerang kumbang. Anak panah kelabu menunjukkan bahagian yang saling berkunci di tengah cangkerang

Para penyelidik kata penemuan ini mungkin dapat membuka jalan bagi rekaan yang lebih selamat, terutamanya untuk struktur yang harus menahan tekanan atau impak kuat seperti kenderaan, jambatan, dan bangunan.

Apakah pandangan anda? Adakah cangkerang kumbang ini wujud secara evolusi, atau wujud kerana adanya Pencipta?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi