PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g18 No. 2 ms. 14
  • 11 Rajin

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 11 Rajin
  • Sedarlah!—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MAKSUDNYA
  • MENGAPA PENTING
  • LANGKAH-LANGKAH
  • Nikmatilah Hasil Usaha Anda!
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Nikmatilah Kerja Anda
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Nikmatilah Hasil Kerja Keras Anda
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menggunakan Masa dengan Bijak?
    Kaum Muda Bertanya
Sedarlah!—2018
g18 No. 2 ms. 14
Seorang gadis sedang berlari

Belajar untuk bekerja keras adalah seperti bersenam, yang bermanfaat baik sekarang mahupun pada masa depan

KAUM MUDA

11 Rajin

MAKSUDNYA

Orang yang rajin akan suka bekerja keras untuk menjaga keperluan sendiri dan membantu orang lain, biarpun kerja mereka tidaklah seberapa glamor.

MENGAPA PENTING

Tidak kira kita suka atau tidak, hidup kita memang penuh dengan tanggungjawab. Ramai orang dalam dunia sekarang tidak suka bekerja keras, maka jika anda rajin, sifat itu akan memberi anda kelebihan.​—Pengkhutbah 3:13.

“Saya belajar bahawa jika kamu bekerja keras, kamu akan berasa bangga dan puas. Rasa puas itu telah buat saya suka bekerja. Etika kerja yang baik akan bantu kamu bina reputasi yang baik.”​—Reyon.

PRINSIP BIBLE: “Setiap kerja keras membawa kebaikan.”​—Amsal 14:23.

LANGKAH-LANGKAH

Pupuklah pandangan positif terhadap kerja dengan mengikut cadangan berikut:

Berbanggalah dengan kerja yang bermutu. Tidak kira anda melakukan tugas di rumah, kerja sekolah, atau kerja sekular, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Apabila anda berjaya melaksanakan suatu tugas dengan baik, carilah jalan untuk meningkatkan mutunya atau melakukannya dengan lebih cepat. Apabila anda menjadi semakin mahir, anda akan semakin menyukai kerja anda.

PRINSIP BIBLE: “Pernahkah kamu melihat orang yang mahir melakukan kerjanya? Dia akan berkhidmat kepada raja dan bukannya kepada orang biasa.”​—Amsal 22:29.

Jangan sekadar memikirkan diri sendiri. Setiap kali anda menjalankan tanggungjawab sendiri dengan baik, anda sedang membantu orang lain. Contohnya, jika anda rajin melakukan kerja di rumah, anda akan meringankan kerja ahli keluarga lain.

PRINSIP BIBLE: “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”​—Kisah 20:35.

Sudi melakukan lebih banyak kerja. Cubalah melakukan lebih banyak daripada yang diminta. Dengan itu, andalah yang menguasai hidup sendiri. Mengapa? Anda sedang melakukan lebih banyak, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana anda mahu melakukannya.​—Matius 5:41.

PRINSIP BIBLE: “Kamu melakukan perbuatan baik ini bukan kerana terpaksa tetapi atas kerelaanmu sendiri.”​—Filemon 14.

Bersikap seimbang. Orang yang rajin akan suka bekerja, tetapi mereka tidak gila kerja. Mereka juga akan menikmati waktu bersantai.

PRINSIP BIBLE: “Segenggam rehat lebih baik daripada dua genggam kerja keras dan usaha mengejar angin.”​—Pengkhutbah 4:6.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi