PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g19 No. 3 ms. 12-13
  • Kerohanian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerohanian
  • Sedarlah!—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • HARAPAN
  • JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN PENTING DALAM KEHIDUPAN
  • PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN
  • Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
    Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
  • Bantuan Selanjutnya untuk Keluarga
    Sedarlah!—2018
  • Apakah Itu Kerohanian? Bolehkah Saya Berfikiran Rohani Tanpa Agama?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Bantuan Selanjutnya untuk Ibu Bapa
    Sedarlah!—2019
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2019
g19 No. 3 ms. 12-13
Seorang wanita duduk di atas bangku di taman sambil memikirkan sesuatu

Kerohanian

Seperti yang dinyatakan dalam rencana yang pertama, ramai orang menganggap Bible sebagai sebuah buku yang suci. Setelah membaca dan mengikut nasihat Bible, mereka berasa lebih dekat kepada Tuhan dan dapat memahami tujuan hidup mereka.

Orang yang bersifat rohani suka “dibimbing oleh kuasa suci Tuhan,” dan mereka tidak mengutamakan nafsu sendiri. Oleh sebab mereka mempunyai sikap dan pandangan sebegini, mereka menghargai standard Tuhan dan sentiasa hidup selaras dengannya.​—Yudas 18, 19; Efesus 5:1.

HARAPAN

PRINSIP BIBLE: “Jika kamu tawar hati pada masa kesusahan, kekuatanmu akan berkurang.”​—Amsal 24:10.

MAKSUDNYA: Jika kita tawar hati, kita akan menjadi lemah dan tidak mampu berdepan dengan masalah hidup. Sebaliknya, jika kita memiliki harapan, kita akan dikuatkan dan tidak putus asa. Harapan akan membantu kita sedar bahawa kebanyakan masalah kita hanyalah sementara dan bahkan mungkin membawa kesudahan yang baik.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN: Berusahalah untuk berpandangan positif tentang masa depan, dan bertindaklah untuk mencapai matlamat anda. Janganlah risau tentang apa yang mungkin berlaku, dan janganlah menunggu keadaan yang sempurna barulah anda hendak bertindak. Memang benar, “kejadian yang tidak terduga” mungkin berlaku. (Pengkhutbah 9:11) Tetapi biasanya, apa yang terjadi tidaklah seteruk yang kita sangka. Maka, Bible menggalakkan kita, “Taburkanlah benih pada waktu pagi dan janganlah berehat sehingga waktu petang kerana kamu tidak tahu benih mana yang akan bertumbuh, mungkin benih ini atau benih itu, atau mungkin kedua-duanya akan bertumbuh dengan subur.”​—Pengkhutbah 11:6.

JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN PENTING DALAM KEHIDUPAN

PRINSIP BIBLE: “Berilah aku pemahaman . . . Segala firman-Mu benar.”​—Mazmur 119:144, 160.

MAKSUDNYA: Bible mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya oleh hampir semua orang, seperti:

  • Apakah asal usul kita?

  • Apakah tujuan hidup kita?

  • Apakah yang berlaku selepas kita mati?

  • Apakah masa depan kita?

Jutaan orang di serata dunia telah menikmati kehidupan yang lebih baik setelah mengetahui jawapan Bible.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN: Kajilah ajaran Bible. Anda juga boleh meminta salah seorang daripada Saksi-Saksi Yehuwa untuk membantu anda memahami Bible. Layarilah laman web kami, jw.org, atau datanglah ke perjumpaan kami. Semua orang dijemput dan tiada bayaran dikenakan.

PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN

Seorang wanita menonton video Mengapa Belajar Bible? di jw.org

Tontonlah video Mengapa Belajar Bible? di jw.org. Video ini terdapat dalam lebih daripada 880 bahasa

SEDARLAH AKAN KEPERLUAN ROHANI ANDA.

“Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.”​—MATIUS 5:3.

BELAJARLAH TENTANG TUHAN YANG DISEBUT DALAM BIBLE.

‘Carilah Tuhan, dan kamu pasti akan menemui-Nya, kerana Dia sebenarnya tidak jauh daripada kita masing-masing.’​—KISAH 17:27.

BACALAH DAN FIKIRKANLAH MESEJ BIBLE.

‘Berbahagialah orang yang suka akan hukum Yehuwa,a dan yang membaca serta merenungkan hukum itu siang dan malam! Dia akan berjaya dalam segala usahanya.’​—MAZMUR 1:2, 3.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi