PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 2 ms. 6-7
  • 1. Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1. Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?
  • Sedarlah!—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Penting
  • Fikirkan
  • Jawapan Bible
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2020
g20 No. 2 ms. 6-7
Seorang paderi memegang Bible sambil menyampaikan khutbah kepada beberapa orang yang sedang berkabung di gereja.

1. Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?

Mengapa Penting

Banyak orang tidak mahu menyembah Tuhan kerana mereka menyalahkan Tuhan atas penderitaan mereka.

Fikirkan

Sama ada secara langsung atau tidak, banyak agama mengajarkan bahawa Tuhan ialah penyebab penderitaan kita. Sebagai contoh, sesetengah pemimpin agama berkata bahawa:

  • Bencana alam merupakan hukuman daripada Tuhan.

  • Kanak-kanak meninggal kerana Tuhan memerlukan lebih banyak malaikat di syurga.

  • Tuhan menyokong pihak tertentu dalam peperangan​—peristiwa yang menyebabkan banyak penderitaan.

Namun, adakah ajaran para pemimpin agama itu benar? Adakah mereka diterima oleh Tuhan?

MAKLUMAT LANJUT

Lihat video Mengapa Belajar Bible? di jw.org/ms.

Jawapan Bible

Tuhan bukanlah penyebab penderitaan kita.

Hal ini bertentangan dengan sifat-sifat-Nya yang dinyatakan dalam Bible. Contohnya:

‘Segala haluan Tuhan saksama. Dia Tuhan yang adil dan benar.’​—ULANGAN 32:4.

“Mustahil bagi Tuhan yang benar untuk melakukan hal yang jahat; Dia Yang Maha Kuasa pasti tidak akan berbuat salah!”​—AYUB 34:10.

“Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan memutarbalikkan keadilan.”—AYUB 34:12.

Tuhan menolak agama yang tidak mengajarkan kebenaran tentang-Nya.

Tuhan tidak menerima agama yang mengajarkan bahawa Dialah penyebab penderitaan kita. Dia juga tidak menerima agama yang terlibat dalam peperangan dan keganasan.

“Para nabi itu menyampaikan nubuat palsu atas nama-Ku. Aku tidak menyuruh mereka untuk berbuat demikian. Aku tidak mengutus mereka atau berfirman kepada mereka. Nubuat-nubuat mereka hanyalah penglihatan yang palsu . . . dan rekaan hati mereka yang licik.”​—YEREMIA 14:14.

Yesus mengutuk pemimpin agama yang bermuka dua.

“Bukan semua orang yang berkata kepadaku, ‘Tuan, Tuan,’ akan masuk dalam Kerajaan di syurga. Hanya mereka yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga akan memasukinya. Pada hari itu, ramai orang akan berkata kepadaku, ‘Tuan, Tuan, bukankah kami bernubuat atas namamu, mengusir roh-roh jahat atas namamu, dan melakukan banyak mukjizat atas namamu?’ Tetapi aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai orang yang melanggar hukum!’”​—MATIUS 7:21-23.

Adakah Tuhan bertanggungjawab atas penderitaan kita?

Katakan seorang bapa membesarkan anak-anaknya dan menjaga mereka dengan baik. Namun, salah seorang daripada anaknya memberontak, meninggalkan rumah, dan mengamalkan gaya hidup yang buruk. Adakah bapa itu bertanggungjawab atas tindakan anaknya? Jika anak itu kemudiannya ditimpa kesusahan, bolehkah dia menyalahkan bapanya? Begitu juga, kita tidak boleh menyalahkan Tuhan atas penderitaan kita.

Namun, adakah hal ini bermaksud bahawa kitalah yang bertanggungjawab atas penderitaan diri kita sendiri?

Lihat soalan 2.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi