PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 2 ms. 12-13
  • 4. Adakah Tuhan Ingin Kita Menderita?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 4. Adakah Tuhan Ingin Kita Menderita?
  • Sedarlah!—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Penting
  • Fikirkan
  • Jawapan Bible
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Mengapakah Ada Banyak Kejahatan dan Penderitaan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2020
g20 No. 2 ms. 12-13
Sebuah keluarga berkhemah di kawasan pergunungan. Mereka mengambil selfie di depan gunung.

4. Adakah Tuhan Ingin Kita Menderita?

Mengapa Penting

Jawapannya akan mempengaruhi pandangan kita terhadap kehidupan.

Fikirkan

Adakah Tuhan akan menciptakan bumi dengan begitu baik dan indah jika Dia ingin kita hidup sengsara?

Bagi orang yang tidak beragama, penderitaan menunjukkan bahawa (1) Tuhan tidak berdaya menghentikan penderitaan, (2) Tuhan tidak peduli tentang manusia, atau (3) Tuhan tidak wujud.

Adakah itu sahaja penjelasan yang ada?

MAKLUMAT LANJUT

Lihat video Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar? di jw.org/ms.

Jawapan Bible

Tuhan tidak ingin kita menderita.

Dia menciptakan kita supaya kita dapat menikmati kehidupan.

“Perkara terbaik yang dapat dilakukan oleh manusia ialah bersukacita dan berbuat baik semasa mereka masih hidup. . . . Mereka harus makan, minum, dan menikmati hasil kerja keras mereka. Hal ini ialah pemberian daripada Tuhan.”​—PENGKHUTBAH 3:12, 13.

Tuhan memberi pasangan manusia yang pertama kehidupan yang sempurna.

Dia tidak ingin mereka atau keturunan mereka menderita.

‘Tuhan berfirman kepada mereka, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak. Penuhilah bumi, dan hendaklah kamu menguasainya.”’​—KEJADIAN 1:28.

Pasangan manusia yang pertama kemudiannya mengingkari Tuhan.

Akibatnya, mereka menyebabkan diri mereka dan semua keturunan mereka menderita.

“Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.”​—ROMA 5:12.a

Tuhan tidak menciptakan kita untuk hidup tanpa bimbingan-Nya.

Sebagaimana kita tidak diciptakan untuk hidup di dalam air, kita tidak diciptakan untuk memerintah diri sendiri.

“Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalan hidupnya, bahkan manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.”​—YEREMIA 10:23.

Tuhan tidak mahu kita menderita.

Dia ingin kita berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan.

“Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku! Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai.”​—YESAYA 48:18.

a Dalam Bible, perkataan “dosa” bukan sahaja merujuk kepada perbuatan yang salah, tetapi juga kepada keadaan tidak sempurna yang diwarisi oleh semua orang.

Adakah Tuhan ingin kita menderita?

Tidak. Penderitaan bukanlah sebahagian daripada tujuan Tuhan bagi manusia. Manusia mula menderita apabila pasangan manusia yang pertama mengingkari Tuhan. Namun, hal ini tidak bermaksud bahawa manusia akan menderita buat selama-lamanya.

Adakah penderitaan kita akan berakhir?

Lihat soalan 5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi