PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 2 ms. 4-6
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Persahabatan Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Persahabatan Anda?
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APA YANG PERLU ANDA TAHU
  • CUBALAH
  • Bagaimanakah Media Sosial Mempengaruhi Saya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Media Sosial dan Anak Anda—Bahagian 1: Patutkah Anak Saya Menggunakan Media Sosial?
    Bantuan untuk Keluarga
  • Bagaimana jika Ibu Bapa Tidak Membenarkan Saya Guna Media Sosial?
    Kaum Muda Bertanya
  • Media Sosial dan Anak Anda—Bahagian 2: Mengajar Anak Anda Cara Menggunakan Media Sosial dengan Selamat
    Bantuan untuk Keluarga
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 2 ms. 4-6
Kawan-kawan yang tinggal di tempat yang berlainan menghubungi satu sama lain melalui panggilan video.

Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Persahabatan Anda?

Melalui SMS, e-mel, panggilan video, dan media sosial, dua orang yang hidup berjauhan dapat berkomunikasi dengan mudah. Maka mereka boleh dikatakan menggunakan teknologi dalam cara yang bermanfaat.

Namun, orang yang bergantung sepenuhnya pada teknologi untuk berinteraksi dengan sahabat mungkin . . .

  • kurang menunjukkan empati kepada sahabat mereka.

  • berasa lebih sunyi dan kecewa.

  • lebih mementingkan diri.

APA YANG PERLU ANDA TAHU

Seorang gadis muda melayari media sosial pada lewat malam. Post yang dilihatnya sudah dilihat sebanyak 723,000 kali.

EMPATI

Untuk menyelami perasaan seseorang, kita perlu meluangkan masa untuk berfikir tentang orang itu. Namun, hal ini susah dilakukan semasa kita sibuk membaca dan membalas mesej, atau melihat post di media sosial.

Jika anda menerima terlalu banyak mesej, anda mungkin berasa susah untuk membalas mesej daripada sahabat anda. Tidak kira mesej yang anda terima itu penting atau tidak, anda mungkin hanya ingin membalas semua mesej itu dengan segera, sehingga tidak sedar bahawa seorang sahabat memerlukan bantuan.

FIKIRKAN: Bagaimanakah anda dapat menunjukkan empati semasa menggunakan teknologi untuk menghubungi sahabat-sahabat anda?​—1 PETRUS 3:8.

SUNYI DAN KECEWA

Menurut sebuah kajian, ramai orang berasa kecewa setelah menggunakan media sosial. Para penyelidik mendapati bahawa selepas orang menghabiskan masa untuk melihat gambar dan status terkini orang lain, mereka mungkin “berasa bahawa mereka mensia-siakan masa mereka.”

Tambahan lagi, setelah melihat foto-foto hebat yang dipaparkan orang lain, kita mungkin mula berfikir kehidupan mereka sangat seronok dan kehidupan kita sangat membosankan.

FIKIRKAN: Semasa menggunakan media sosial, bagaimanakah anda dapat mengelak daripada membandingkan diri dengan orang lain?​—GALATIA 6:4.

MEMENTINGKAN DIRI

Seorang cikgu menulis bahawa sebilangan muridnya bersikap mementingkan diri dan hanya menginginkan kawan yang dapat memberikan manfaat kepada mereka.a Sikap sebegini mungkin membuat seseorang memandang kawan-kawannya sebagai alat yang boleh digunakan bila perlu dan diketepikan semasa tidak diperlukan.

FIKIRKAN: Adakah post anda menunjukkan bahawa anda mempunyai sikap suka bersaing atau mementingkan diri?​—GALATIA 5:26.

CUBALAH

MENILAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI ANDA

Jika anda menguasai dan bukannya dikuasai teknologi, anda dapat sering menghubungi kawan-kawan anda dan bahkan menjadi lebih rapat dengan mereka.

PRINSIP BIBLE: “Kasih . . . tidak mementingkan diri sendiri.”​—1 KORINTUS 13:4, 5.

Tandakan cadangan yang ingin anda gunakan, atau tuliskan idea anda sendiri.

  • Lebih kerap berbual secara bersemuka (dan bukannya asyik menghantar mesej atau e-mel sahaja)

  • Simpan fon anda (atau guna mod senyap) semasa bercakap dengan orang lain

  • Kurangkan masa yang digunakan untuk melayari media sosial

  • Menjadi pendengar yang lebih prihatin

  • Menghubungi seorang kawan yang menghadapi kesusahan

a Menurut laporan dalam buku Reclaiming Conversation.

TANYALAH DIRI . . .

  • Adakah saya benar-benar rapat dengan orang yang penting bagi saya dan orang yang ambil berat tentang saya?

  • Semasa berbual dengan kawan saya secara bersemuka, seberapa kerapkah perbualan itu diganggu kerana panggilan, mesej, atau notifikasi telefon?

  • Adakah gambar dan komen saya di media sosial membuat orang fikir bahawa saya mementingkan diri?

  • Apakah perasaan saya selepas menghabiskan masa untuk melayari media sosial?

  • Apakah perubahan yang perlu saya buat supaya teknologi tidak menghalang saya daripada mendapat sahabat yang sejati?

    PRINSIP BIBLE: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”​—FILIPI 2:4.

Emily.

“Kita perlu masa dan usaha untuk jalin persahabatan, jadi memang mustahil untuk jadi kawan rapat dengan banyak orang. Namun, yang penting bukanlah bilangan kawan kita, tetapi jenis kawan kita. Sahabat sejati akan mengutamakan kepentingan satu sama lain.”​—EMILY

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi