PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 2 ms. 10-12
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Perkahwinan Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Perkahwinan Anda?
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APA YANG PERLU ANDA TAHU
  • CUBALAH
  • Bersikap Seimbang semasa Menggunakan Teknologi
    Bantuan untuk Keluarga
  • Pandangan yang Wajar terhadap Kerja dan Keluarga
    Bantuan untuk Keluarga
  • Luangkan Masa Bersama-Sama
    Bantuan untuk Keluarga
  • Cara Menghindari Perceraian semasa Sudah Tua
    Bantuan untuk Keluarga
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 2 ms. 10-12
Seorang lelaki yang berada di lapangan terbang sedang membuat panggilan video dengan isterinya yang berada di rumah.

Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Perkahwinan Anda?

Jika digunakan dengan baik, teknologi dapat merapatkan hubungan antara suami dengan isteri. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan teknologi untuk menghubungi satu sama lain sepanjang hari.

Namun, akibat penyalahgunaan teknologi, sesetengah pasangan . . .

  • jarang meluangkan masa berkualiti bersama-sama.

  • bekerja di rumah semasa tidak perlu.

  • menimbulkan curiga dan bahkan berlaku curang.

APA YANG PERLU ANDA TAHU

Sepasang suami isteri melihat fon masing-masing semasa berbaring di atas katil pada lewat malam.

WAKTU BERSAMA-SAMA

Seorang suami yang bernama Michael berkata, “Kadang-kadang, bila saya bersama isteri, saya rasa seolah-olah saya seorang diri, sebab dia asyik tengok fon saja. Isteri saya kata, ‘Sekarang baru saya ada masa untuk tengok fon.’” Seorang suami yang bernama Jonathan berkata bahawa situasi sebegini boleh membuat “suami isteri terasa jauh padahal mereka berada di tempat yang sama.”

FIKIRKAN: Berapa kerapkah panggilan telefon, mesej, atau notifikasi, mengganggu masa berkualiti anda bersama pasangan anda?​—EFESUS 5:33.

KERJA

Disebabkan jenis pekerjaan mereka, sesetengah orang perlu selalu menjawab panggilan telefon atau membalas e-mel. Tetapi ada pula yang membawa kerja pejabat mereka pulang ke rumah walaupun mereka tidak perlu berbuat demikian. Lee, seorang suami, mengaku, “Saya sudah khaskan masa untuk bersama isteri saya, tetapi masa itu pun saya terfikir untuk balas mesej atau panggilan yang berkaitan dengan kerja.” Joy, seorang isteri berkata, “Saya bekerja dari rumah dan boleh bekerja pada bila-bila masa. Jadi saya perlu berusaha untuk seimbangkan kerja dengan keluarga.”

FIKIRKAN: Adakah anda memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa pasangan anda bercakap kepada anda?​—LUKAS 8:18.

KESETIAAN

Menurut satu tinjauan, banyak pergaduhan dalam perkahwinan berlaku kerana aktiviti seorang suami atau isteri di media sosial menimbulkan rasa curiga pasangannya. Sepuluh peratus orang yang menyertai tinjauan ini mengaku bahawa mereka pernah memaparkan sesuatu di Internet yang mereka sembunyikan daripada pasangan mereka.

Itulah sebabnya media sosial boleh merosakkan perkahwinan dan bahkan menjadi tanah subur kepada perzinaan. Ramai peguam perceraian kata media sosial ialah penyumbang besar kehancuran perkahwinan.

FIKIRKAN: Jika anda berkomunikasi dengan seseorang yang berlawanan jantina, adakah anda menyembunyikan perbualan itu daripada pasangan anda?​—AMSAL 4:23.

CUBALAH

TETAPKAN KEUTAMAAN

Orang yang tidak makan, tidak dapat jaga badan yang sihat. Begitu juga, orang yang tidak meluangkan masa bersama pasangannya akan menghadapi masalah dalam perkahwinannya.​—Efesus 5:28, 29.

PRINSIP BIBLE: “Mengenal pasti perkara-perkara yang lebih penting.”​—FILIPI 1:10.

Bincangkan dengan pasangan anda cadangan yang ingin anda gunakan, atau tuliskan idea anda sendiri untuk mencegah teknologi daripada merosakkan perkahwinan anda.

  • Makan bersama-sama sekurang-kurangnya sekali sehari

  • Tetapkan masa untuk tidak menggunakan alat elektronik

  • Jadualkan masa dating atau waktu khas bagi anda berdua

  • Matikan peranti elektronik dan simpannya jauh dari tempat tidur

  • Peruntukkan 15 minit setiap hari untuk bercakap tanpa alat elektronik di sisi kita

  • Matikan sambungan Internet setiap hari pada masa yang ditetapkan

UNTUK RENUNGAN SUAMI ISTERI

Fikirkan soalan-soalan berikut secara berasingan, kemudian bincangkan jawapan anda dengan satu sama lain.

  • Bagaimanakah anda dapat menggunakan teknologi untuk mengukuhkan perkahwinan anda?

  • Pada pendapat anda, sejauh mana alat elektronik mengganggu masa anda bersama-sama?

  • Ada apa-apa perubahan yang anda rasa diperlukan?

  • Adakah anda berasa susah untuk memisahkan waktu kerja daripada waktu keluarga? Adakah pasangan anda setuju dengan jawapan anda?

  • Bagaimanakah anda dapat bertimbang rasa terhadap pasangan anda semasa mengharapkan masa dan perhatian daripadanya?

    PRINSIP BIBLE: “Hendaklah setiap orang sentiasa berusaha melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain, dan bukan hanya melakukan apa yang berfaedah bagi diri sendiri.”​—1 KORINTUS 10:24.

Jason dan Alexandra.

“Saya bekerja dari rumah, jadi saya cuba berhenti bekerja pada masa yang ditetapkan. Saya juga matikan notifikasi e-mel pada jam tertentu, supaya saya masih boleh guna fon untuk lihat masa dan tidak diganggu oleh urusan kerja.”​—JASON DENGAN ISTERINYA ALEXANDRA

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi