PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 3 ms. 6-7
  • Apa yang Kita Pelajari daripada Benda Hidup

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apa yang Kita Pelajari daripada Benda Hidup
  • Sedarlah!—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Bentuk Hidup yang Betul-Betul Ringkas Wujud?
    Asal Usul Kehidupan—Lima Soalan yang Patut Difikirkan
  • Bagaimanakah Kehidupan Bermula?
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimanakah Kehidupan Bermula?
    Asal Usul Kehidupan—Lima Soalan yang Patut Difikirkan
  • Pengkhususan Sel ialah Keupayaan yang Menakjubkan!
    Siapakah Perekanya?
Sedarlah!—2021
g21 No. 3 ms. 6-7
Keratan rentas sel yis.

Sel yis sangat rumit. Nukleus sel yis mengandungi DNA. Setiap sel yis juga mempunyai mesin-mesin kecil yang mengasingkan, mengangkut, dan mengubah molekul, supaya sel yis dapat terus hidup.

Apa yang Kita Pelajari daripada Benda Hidup

Benda hidup di sekeliling kita dapat bertumbuh, bergerak, dan membiak. Benda hidup juga mengindahkan planet kita. Manusia hari ini mengetahui jauh lebih banyak hal tentang benda hidup berbanding dahulu. Apakah asal usul benda hidup? Perhatikan hal-hal berikut.

Benda hidup terlalu rumit untuk muncul secara kebetulan. Sel merupakan unit asas kehidupan. Setiap sel adalah seperti kilang yang kecil, yang mampu menjalankan beribu-ribu jenis proses yang rumit untuk menampung kehidupan dan membiak. Rekaan yang rumit dalam sel terdapat dalam hampir semua benda hidup. Sebagai contoh, yis roti atau ragi roti merupakan benda hidup yang terdiri daripada satu sel. Berbanding sel manusia, sel yis nampaknya ringkas. Namun, sel yis sebenarnya sangat rumit. Sebagai contoh, nukleus sel yis mengandungi DNA. Setiap sel yis juga mempunyai “mesin-mesin” kecil yang mengasing-asingkan, mengangkut, dan mengubah molekul, supaya sel yis dapat terus hidup. Apabila sel yis kehabisan makanan, sel itu akan memulakan sejenis proses kimia yang rumit untuk memperlahankan aktiviti dalam sel. Itulah sebabnya yis dapat disimpan untuk masa yang lama dan masih dapat diaktifkan semula untuk membuat roti.

Walaupun para saintis sudah mengkaji sel yis selama puluhan tahun untuk lebih memahami sel manusia, ada banyak hal lagi tentang yis yang belum diketahui mereka. Ross King, seorang profesor di Chalmers University of Technology di Sweden, berkata, “Untuk mengkaji sel ringkas seperti yis pun, kami tidak ada ahli biologi yang mencukupi untuk membuat semua eksperimen yang diperlukan.”

Setelah melihat betapa rumitnya sel yis, apakah pendapat anda? Adakah sel yis direka atau wujud dengan sendirinya?

Benda hidup hanya dapat dihasilkan daripada benda yang hidup. DNA dalam sel terdiri daripada molekul-molekul yang dipanggil nukleotida. Setiap sel manusia mengandungi 3.2 bilion nukleotida. Nukleotida-nukleotida perlu disusun dalam kombinasi yang spesifik supaya sel dapat menghasilkan enzim dan protein.

Menurut kiraan, kebarangkalian untuk mendapat kombinasi nukleotida yang tepat secara rambang ialah 1 dalam 10150 (1 diikuti 150 sifar). Dalam kata lain, hal ini hampir mustahil berlaku.

Tiada eksperimen saintifik yang pernah membuktikan bahawa benda hidup dapat dihasilkan secara kebetulan daripada benda yang bukan hidup.

Manusia ialah hidupan yang unik. Sebagai manusia, kita memiliki banyak kebolehan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Sebagai contoh, manusia mempunyai kemahiran seni, kemahiran sosial, dan kemampuan untuk mengungkapkan perasaan, yang tidak dapat ditandingi hidupan lain. Kita mampu membezakan dan menikmati pelbagai jenis rasa, bau, bunyi, warna, dan pemandangan. Kita juga merancang untuk masa depan dan mencari makna kehidupan.

Apakah pandangan anda? Adakah kebolehan-kebolehan itu muncul dalam diri kita secara evolusi kerana kita memerlukannya untuk membiak dan terus hidup? Atau adakah semua itu menunjukkan bahawa kehidupan ialah kurniaan daripada Pencipta yang pengasih?

Mari berkenalan dengan Adam​—sebuah robot yang direka untuk mengkaji sel yis

Saiz Adam adalah lebih kurang saiz sebuah van kecil. Adam mempunyai ruang sejuk beku, lengan robot, kamera, pengesan, dan empat komputer. Mesin yang canggih ini direka agar dapat membuat eksperimen yang rumit ke atas sel yis tanpa bantuan manusia.

Seorang saintis berdiri di sebelah Adam, sebuah robot yang direka untuk mengkaji sel yis.

Jika anda diberitahu bahawa Adam muncul secara kebetulan dan bukannya direka atau dibina, adakah anda akan percaya? Kemungkinan besar tidak. Sebenarnya, sel hidup yang paling ringkas pun jauh lebih rumit daripada robot. Jadi, jika robot perlu direka, bagaimana pula dengan sel hidup?

Lihat contoh-contoh reka cipta yang bijak dalam alam semula jadi. Cari artikel dan video yang bertajuk “Siapakah Perekanya?” di jw.org/ms.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi