PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 3 ms. 14-15
  • Mengapa Penting untuk Mengetahui Jawapannya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapa Penting untuk Mengetahui Jawapannya
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hidup anda lebih bermakna
  • Memperoleh bimbingan dalam kehidupan setiap hari
  • Mendapat jawapan kepada soalan anda
  • Memiliki harapan untuk masa depan
  • Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Siapakah Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 3 ms. 14-15
Sekumpulan sahabat melihat binatang di atas pokok.

Mengapa Penting untuk Mengetahui Jawapannya

Mengapakah penting untuk tahu sama ada Pencipta wujud atau tidak? Jika bukti-bukti yang dibincangkan tadi meyakinkan anda bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa wujud, anda mungkin ingin menyelidiki bukti bahawa Bible diilhami-Nya. Jika anda percaya kata-kata Bible, anda akan meraih manfaat berikut:

Hidup anda lebih bermakna

BIBLE KATA: “[Tuhan] melakukan apa yang baik. Dia memberi kamu hujan dari langit dan hasil tanaman yang banyak pada musimnya. Dia juga memberikan makanan yang berlimpah-limpah untuk memuaskan kamu, dan memenuhi hati kamu dengan sukacita.”​—Kisah 14:17.

MAKSUDNYA: Segala yang anda nikmati dalam dunia ini ialah kurniaan daripada Pencipta. Anda akan lebih menghargai kurniaan-kurniaan ini apabila anda mengetahui bahawa Tuhan mengambil berat terhadap anda.

Memperoleh bimbingan dalam kehidupan setiap hari

BIBLE KATA: “Kamu akan memahami apa yang benar, adil, dan saksama. Ya, kamu akan memahami haluan yang harus kamu tempuh.”​—Amsal 2:9.

MAKSUDNYA: Sebagai Pencipta anda, Tuhan tahu apa yang anda perlukan untuk hidup bahagia. Dengan mengkaji Bible, anda akan belajar banyak hal yang bermanfaat untuk anda.

Mendapat jawapan kepada soalan anda

BIBLE KATA: “Kamu akan memperoleh pengetahuan tentang Tuhan.”—Amsal 2:5.

MAKSUDNYA: Apabila anda tahu Pencipta wujud, anda dapat menjumpai jawapan kepada soalan-soalan yang penting seperti: Apakah tujuan hidup? Mengapakah ada banyak penderitaan? Apakah yang berlaku apabila kita mati? Anda dapat memperoleh jawapan yang memuaskan dalam Bible.

Memiliki harapan untuk masa depan

BIBLE KATA: “‘Aku sendiri tahu apa yang akan Aku lakukan untuk kamu,’ firman Yehuwa, ‘Aku akan memberi kamu kedamaian, bukannya malapetaka. Ya, Aku akan memberi kamu harapan dan masa depan yang baik.’”​—Yeremia 29:11.

Lihat video-video Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar? dan Siapakah Pengarang Bible? di jw.org/ms. Anda dapat mencari video-video ini dengan menaip “Bible benar” atau “pengarang Bible” dalam kotak carian.

MAKSUDNYA: Tuhan berjanji bahawa pada masa depan, Dia akan menghapuskan kejahatan, penderitaan, dan juga kematian. Apabila anda mempercayai janji-janji Tuhan, harapan masa depan ini akan membantu anda untuk menghadapi cabaran hidup dengan berani.

Manfaat yang diraih oleh mereka yang percaya Pencipta wujud

Cyndi.

“Saya selalu kagum semasa melihat bagaimana Tuhan membantu kita. Dia ajar kita apa yang paling penting dalam hidup, cara untuk mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, dan cara untuk menjadi sahabat Tuhan.”​—Cyndi, Amerika Syarikat.

Elise.

“Oleh sebab saya mempercayai Pencipta, saya rasa kehidupan saya menarik dan memuaskan. Saya tidak pernah berasa bosan kerana saya selalu dapat belajar tentang Tuhan, ciptaan-Nya, dan Firman-Nya.”​—Elise, Perancis.

Peter.

“Apabila saya menerapkan ajaran Bible, saya menjadi orang yang lebih gembira. Saya menjadi lebih prihatin, lebih berpuas hati, dan kurang mengkritik. Ajaran Bible juga membantu saya menjadi seorang ayah yang lebih baik.”​—Peter, Belanda.

Liz.

“Sebelum saya mengenali Tuhan, saya hanya tahu makan, tidur, dan selalu mengejar masa agar dapat memulakan kerja tepat pada waktunya. Hidup saya sangat stres. Namun sekarang, saya memandang kehidupan sebagai kurniaan dan saya sangat menikmati dan menghargainya.”​—Liz, Estonia.

Adrien.

“Saya sering berasa khuatir. Tetapi saya rasa lebih lega setelah mendapat tahu bahawa kejahatan, ketidakadilan, dan penderitaan akan berakhir.”​—Adrien, Perancis.

Ketahuilah bagaimana Bible dapat membantu anda mencari jawapan kepada soalan penting dalam hidup. Lihat video Mengapa Belajar Bible?​—Video Penuh.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi