PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g23 No. 1 ms. 9-11
  • Hutan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hutan
  • Sedarlah!—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hutan Kita Terancam
  • Hutan—Direka supaya Dapat Pulih Sendiri
  • Usaha Manusia untuk Menjaga Hutan
  • Mengapa Bumi Masih Ada Harapan​—Bible kata:
  • Kandungan
    Sedarlah!—2023
Sedarlah!—2023
g23 No. 1 ms. 9-11
Seorang wanita berjalan di jambatan gantung dekat hutan hujan.

DAPATKAH BUMI KITA DISELAMATKAN?

HUTAN

HUTAN dipanggil sebagai “paru-paru dan sistem sokongan hidup” bumi. Mengapa? Pokok-pokok menyerap karbon dioksida. Jika kadar karbon dioksida dalam udara terlalu tinggi, kehidupan di bumi boleh terancam. Pokok-pokok juga menghasilkan oksigen, iaitu komponen penting dalam udara yang kita hirup. Kira-kira 80 peratus daripada tumbuhan dan binatang di darat tinggal di dalam hutan. Tanpa hutan, kita akan mati.

Hutan Kita Terancam

Setiap tahun, berbilion-bilion pokok ditebang, dan kebanyakannya ditebang untuk tujuan pertanian. Sejak lewat tahun 1940-an, separuh daripada hutan hujan di bumi telah dimusnahkan.

Apabila hutan dimusnahkan, semua tumbuhan dan binatang yang ada di situ akan mati.

Hutan—Direka supaya Dapat Pulih Sendiri

Sesetengah hutan yang dimusnahkan memiliki kebolehan untuk pulih dan bahkan menjadi lebih luas. Ahli ekologi baru-baru ini sangat terkejut selepas memperhatikan betapa cepatnya hutan yang dimusnahkan dapat tumbuh semula secara semula jadi lalu menjadi hutan yang subur dan sihat lagi. Perhatikan contoh-contoh berikut:

  • Hutan yang ditebang bagi tujuan pertanian dan kemudiannya dibiarkan telah dipantau oleh para ahli sains. Mereka mengkaji 2,200 tanah sedemikian di kawasan Amerika dan Afrika Barat. Kajian mereka menunjukkan bahawa pokok-pokok di tanah yang dibiarkan dapat mula tumbuh dalam masa kurang daripada 10 tahun.

  • Mereka menganggarkan bahawa dalam masa sekitar 100 tahun, tanah-tanah itu akan mempunyai pelbagai jenis pokok dan pulih seperti keadaan asalnya, menurut kajian yang diterbitkan oleh majalah Science.

  • Ahli sains di Brazil baru-baru ini telah membandingkan kadar pertumbuhan pokok-pokok di tempat yang diabaikan oleh manusia dengan kawasan di mana manusia telah berusaha keras untuk menanam semula pokok.

  • Tentang ahli sains dalam kajian ini, National Geographic melaporkan, “Mereka sangat gembira kerana mendapati bahawa pokok-pokok tidak perlu ditanam semula.” Dalam masa lima tahun sahaja, tanah-tanah yang tidak ada campur tangan manusia sudah “ada banyak pokok.”

    TAHUKAH ANDA?

    Dari Ladang Menjadi Hutan

    Gambar rajah menunjukkan kawasan hutan yang ditebang untuk tujuan pertanian dan kemudiannya dibiarkan. Sepuluh tahun kemudian, tanah di situ dapat pulih. Sekitar 100 tahun kemudian, hutan dengan pokok-pokok yang besar dijangka muncul semula.

    Kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan kemudiannya dibiarkan mempunyai kebolehan yang menakjubkan untuk pulih sendiri. Hutan yang musnah akibat sebab yang lain juga dapat pulih semula.

Usaha Manusia untuk Menjaga Hutan

Di serata dunia, usaha dicurahkan untuk melindungi hutan yang tertinggal dan memulihkan hutan yang telah dimusnahkan. Hasilnya, menurut sebuah sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “kadar kehilangan hutan di serata dunia sudah menurun lebih daripada 50 peratus” sepanjang 25 tahun yang lalu.

Tetapi itu tidak cukup. Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh organisasi Global Forest Watch, “Kadar kehilangan hutan primer di kawasan tropika tidak berubah selama beberapa tahun yang lalu.”

Pembalakan haram mampu mengaut keuntungan berbilion-bilion dolar, dan ketamakan manusia terus menjadi sebab utama hutan tropika dimusnahkan.

Seorang penyelidik memerhatikan pokok-pokok di hutan.

Orang bekerjasama untuk mengehadkan bilangan pokok besar yang ditebang dan menggantikan semula pokok yang ditebang.

Mengapa Bumi Masih Ada Harapan​—Bible kata:

“Tuhan Yehuwaa menumbuhkan segala jenis pokok yang cantik, yang buahnya baik untuk dimakan.”​—Kejadian 2:9.

Pencipta hutan menciptakan hutan dengan kebolehan semula jadi untuk pulih dan terus membawa manfaat kepada manusia. Dia mahu memelihara dan mengekalkan keadaan hutan dan ekosistemnya yang menakjubkan.

Bible menunjukkan bahawa Tuhan akan memusnahkan orang yang menyalahgunakan sumber bumi agar bumi dapat terus menampung kehidupan. Lihat rencana “Tuhan Berjanji Bumi Kita Akan Selamat,” pada muka surat 15.

a Yehuwa ialah nama Tuhan.​—Mazmur 83:18.

MAKLUMAT LANJUT

Sepasang suami isteri menikmati bumi firdaus.

Mengapakah kita dapat yakin bahawa penyalahgunaan sumber bumi oleh manusia tidak akan menyebabkan bumi kita musnah? Tonton video Mengapakah Tuhan Menciptakan Bumi? di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi