KENAIKAN HARGA BARANG—CARA HADAPINYA
Jangan Hilang Harapan
Adakah kos hidup di negara anda semakin tinggi, tetapi gaji anda tidak naik? Adakah anda risau anda tidak dapat menyara diri atau keluarga anda? Jika ya, anda mungkin rasa masa depan anda tidak terjamin. Namun biarpun situasi anda mencabar, janganlah hilang harapan.
MENGAPA PENTING
Orang yang mempunyai harapan tidak hanya tunggu dan berharap situasi menjadi baik. Harapan memberi mereka motivasi untuk mencari jalan dan bukannya alasan semasa menghadapi cabaran. Contohnya, kajian menunjukkan bahawa harapan akan membantu orang . . .
bersemangat kental
bersedia membuat penyesuaian apabila perlu
membuat keputusan yang bijak supaya kehidupan mereka lebih sihat dan baik
APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
Pertama, perhatikan bagaimana Bible dapat membantu anda hari ini. Nasihat praktikal dalam Bible dapat membantu anda mengetahui apa yang harus dilakukan sekarang semasa berdepan dengan kenaikan harga, dan menangani cabaran lain pada masa depan.
Kedua, perhatikan apa yang Bible katakan tentang masa depan kita. Apabila anda lihat betapa bijaknya nasihat dalam Bible, anda mungkin berminat untuk mengetahui apa yang Bible katakan tentang masa depan kita. Contohnya, Bible berkata Tuhan berjanji bahawa Dia akan memberi anda “harapan dan masa depan yang baik.” (Yeremia 29:11) Bible juga menyatakan bahawa Tuhan telah mendirikan sebuah Kerajaan untuk memastikan janji-Nya itu ditunaikan.
APAKAH ITU KERAJAAN TUHAN, DAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKANNYA?
Tuhan telah mendirikan sebuah Kerajaan yang akan memerintah seluruh bumi. (Daniel 2:44; Matius 6:10) Kerajaan ini memerintah dari syurga dan akan mengakhiri penderitaan dan kemiskinan serta membawa kedamaian dan kemakmuran. Perhatikan apa yang Bible katakan.
Jutaan orang yakin bahawa Tuhan “tidak dapat berdusta” dan pasti akan menunaikan semua janji ini. (Titus 1:2) Harapan Bible dapat membantu anda menghadapi masalah ekonomi dengan tabah sambil menantikan masa depan yang cerah. Jadi cubalah lihat sendiri apa yang dikatakan dalam Bible.