PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 15
  • Isteri Lot Menoleh ke Belakang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Isteri Lot Menoleh ke Belakang
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ingatlah Isteri Lot
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Perjanjian Tuhan dengan Abraham
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bantulah Orang Lain untuk Menangani Tekanan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Ingatlah akan Isteri Lot
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 15
Isteri Lot menoleh ke belakang untuk melihat kota Sodom dan menjadi tiang garam

CERITA 15

Isteri Lot Menoleh ke Belakang

LOT dan keluarganya tinggal di Kanaan bersama-sama Abraham. Pada suatu hari, Abraham berkata kepada Lot, “Tanah di sini tidak cukup luas untuk binatang-binatang ternakan kita. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita berpisah. Pilihlah kawasan yang kamu suka. Jika kamu pergi ke sebelah sini, aku akan pergi ke sebelah sana.”

Jadi, Lot memandang sekelilingnya. Dia nampak sebuah kawasan yang cantik yang mempunyai banyak air dan rumput segar bagi binatang-binatangnya. Tempat ini ialah Daerah Yordan. Maka, Lot berpindah ke sana dengan keluarganya dan binatang-binatangnya. Mereka akhirnya menetap di kota Sodom.

Penduduk di Sodom sangat jahat. Apabila Lot melihat apa yang berlaku di sekelilingnya, dia berasa susah hati kerana dia seorang lelaki yang baik. Tuhan juga berasa susah hati. Akhirnya, Tuhan menghantar dua malaikat untuk memberitahu Lot bahawa Dia akan memusnahkan Sodom dan sebuah kota yang berhampiran, yang dipanggil Gomora kerana penduduk-penduduk di sana sangat jahat.

Malaikat-malaikat ini berkata kepada Lot, “Cepat! Bawalah isteri dan kedua-dua orang anak perempuanmu dan pergilah dari sini!” Tetapi, Lot dan keluarganya lambat meninggalkan kota itu. Jadi malaikat-malaikat ini memegang tangan mereka lalu membawa mereka keluar dari kota itu. Kemudian, salah satu malaikat berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh ke belakang. Larilah ke kawasan pergunungan supaya kamu tidak terbunuh.”

Lot dan anak-anak perempuannya tidak menoleh ke belakang semasa meninggalkan Sodom

Lot dan anak-anak perempuannya mengikut kata-kata malaikat itu lalu berlari meninggalkan Sodom. Mereka tidak berhenti, dan mereka tidak menoleh ke belakang. Tetapi isteri Lot tidak mengikut kata-kata malaikat itu. Selepas mereka sudah berada agak jauh dari Sodom, isteri Lot berhenti dan menoleh ke belakang. Oleh itu, isteri Lot menjadi tiang garam. Bolehkah adik nampak isteri Lot di dalam gambar ini?

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini? Ya, Tuhan akan menyelamatkan mereka yang taat kepada-Nya. Tetapi, mereka yang tidak taat kepada-Nya akan kehilangan nyawa mereka.

Kejadian 13:5-13; 18:20-33; 19:1-29; Lukas 17:28-32; 2 Petrus 2:6-8.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi