PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 51
  • Rut dan Naomi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rut dan Naomi
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rut dan Naomi
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • “Ke Mana Saja Mak Pergi, ke Sanalah Saya Hendak Pergi Juga”
    Tirulah Iman Mereka
  • “Wanita yang Sangat Baik”
    Tirulah Iman Mereka
  • Rangka Rut
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 51
Rut berkata kepada Naomi, “Ke mana sahaja mak pergi, saya akan ikut”

CERITA 51

Rut dan Naomi

DALAM Bible, adik akan menjumpai sebuah buku yang dipanggil Rut. Buku Rut mengandungi kisah sebuah keluarga yang hidup semasa orang Israel dipimpin oleh hakim-hakim. Rut ialah seorang wanita muda yang datang dari negeri Moab. Dia bukan umat Tuhan yang berbangsa Israel. Tetapi apabila Rut mengenal Yehuwa, iaitu Tuhan yang benar, dia bermula mengasihi-Nya dengan mendalam. Naomi ialah seorang wanita yang lebih tua yang telah membantu Rut mengenal Yehuwa.

Naomi ialah seorang wanita Israel. Dia dan suaminya serta dua orang anak lelakinya telah berpindah ke Moab semasa kebuluran berlaku di Israel. Pada suatu hari, suami Naomi meninggal. Selepas itu, anak-anak lelaki Naomi mengahwini Rut dan Orpa, wanita-wanita Moab. Tetapi, kira-kira sepuluh tahun kemudian, kedua-dua orang anak lelaki Naomi meninggal. Betapa sedihnya Naomi dan menantu-menantunya! Sekarang, apakah yang akan dilakukan oleh Naomi?

Naomi bercadang untuk memulakan perjalanan yang jauh untuk pulang ke pangkuan sanak saudaranya di tanah airnya. Rut dan Orpa tidak mahu meninggalkannya, jadi mereka mengikutnya. Tetapi, selepas mereka berjalan untuk beberapa lama, Naomi memandang mereka lalu berkata, “Pulanglah ke pangkuan ibu kamu dan tinggallah di sana.”

Naomi mencium kedua-dua orang wanita itu lalu mengucapkan selamat tinggal. Dengan itu, mereka mula menangis kerana mereka sangat mengasihi Naomi. Mereka berkata, “Tidak! Kami akan mengikut mak pulang ke bangsa mak.” Tetapi Naomi menjawab, “Anak-anakku, pulanglah. Lebih baik kamu pulang ke rumah ibumu.” Jadi Orpa memulakan perjalanan pulang ke rumah ibunya. Tetapi, Rut enggan meninggalkan Naomi.

Naomi memandang Rut lalu berkata, “Orpa sudah pergi. Kamu pulanglah bersama-sama dia juga.” Tetapi Rut menjawab, “Jangan mendesak saya untuk meninggalkan mak! Biarlah saya mengikut mak. Ke mana sahaja mak pergi, saya akan ikut. Di mana sahaja mak tinggal, di situ juga saya akan tinggal. Bangsa mak akan menjadi bangsa saya juga, dan Tuhan mak akan menjadi Tuhan saya. Di mana mak mati, saya akan mati dan di sanalah saya akan dikebumikan.” Apabila Rut mengucapkan kata-kata ini, Naomi tidak menyuruh dia pulang lagi.

Akhirnya, kedua-dua orang wanita ini sampai di Israel. Mereka menetap di sana. Dengan serta-merta, Rut mula bekerja di ladang barli kerana musim menuai barli telah bermula. Seorang lelaki yang bernama Boas mengizinkan Rut untuk mengumpulkan barli di ladangnya. Tahukah adik siapa ibu Boas? Ibunya ialah Rahab dari kota Yerikho.

Pada suatu hari, Boas berkata kepada Rut, “Saya telah mendengar segala-gala tentang kamu. Saya telah mendengar tentang kebaikan yang kamu tunjukkan kepada Naomi. Saya tahu bahawa kamu telah meninggalkan ibu bapamu dan negerimu untuk tinggal bersama-sama dengan bangsa yang tidak kamu kenal sebelum ini. Semoga Yehuwa membalas kebaikanmu!”

Rut menjawab, “Tuan sungguh baik hati. Tuan telah menyenangkan hati saya kerana tuan telah bercakap dengan lembut kepada saya.” Boas amat menyukai Rut dan tidak lama kemudian, mereka pun berkahwin. Alangkah gembiranya Naomi! Tetapi Naomi berasa lebih gembira lagi apabila Rut dan Boas mendapat anak lelaki mereka yang pertama yang bernama Obed. Obed kemudiannya menjadi datuk Daud. Kita akan mempelajari lebih banyak lagi tentang Daud.

Rut bab 1 hingga bab 4.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi