PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 63
  • Raja Salomo yang Bijak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Raja Salomo yang Bijak
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Salomo—Pemerintah yang Bijaksana
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Yang Baik Dijadikan Teladan, Yang Buruk Dijadikan Sempadan
    Menara Pengawal—2011
  • Sebuah Rumah untuk Yehuwa
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Salomo Membina Rumah Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 63
Raja Salomo duduk di atas takhtanya

CERITA 63

Raja Salomo yang Bijak

SALOMO seorang remaja semasa dia menjadi raja. Dia mengasihi Yehuwa, dan dia mengikut nasihat yang telah diberikan oleh bapanya, Daud. Yehuwa senang hati dengan Salomo. Oleh itu, pada suatu malam Yehuwa menanya Salomo dalam mimpinya, “Salomo, apakah yang engkau ingin Aku berikan kepadamu?”

Raja Salomo menjawab, “Yehuwa, Tuhanku, aku masih sangat muda dan tidak tahu memerintah. Jadi kurniailah aku dengan kebijaksanaan supaya aku dapat memerintah umat-Mu dengan baik.”

Yehuwa gembira dengan permintaan Salomo. Maka, Yehuwa berkata, “Oleh sebab engkau telah meminta kebijaksanaan dan bukannya umur yang panjang atau kekayaan, Aku akan memberi engkau kebijaksanaan yang belum pernah dipunyai oleh sesiapa pun di bumi ini. Malahan Aku akan mengurniakan perkara-perkara yang engkau tidak minta, iaitu kekayaan dan kemuliaan.”

Beberapa lama kemudian, dua orang wanita yang mempunyai masalah yang rumit datang menghadap Salomo. “Tuanku, wanita ini tinggal serumah dengan hamba,” jelas salah seorang wanita itu. “Hamba telah melahirkan seorang anak lelaki dan dua hari kemudian, wanita ini juga melahirkan seorang anak lelaki. Pada suatu malam, bayinya mati. Tetapi semasa hamba sedang tidur, dia telah meletakkan anaknya yang telah mati itu di sisi hamba, dan dia telah mengambil bayi hamba. Apabila hamba bangun daripada tidur dan melihat anak yang telah mati itu, hamba mendapati bahawa anak itu bukan anak hamba.”

Dengan itu, wanita yang seorang lagi berkata, “Tidak! Anak yang hidup ini ialah anak hamba, dan anak yang mati itu ialah anaknya!” Wanita yang pertama tadi menjawab, “Tidak! Anak yang mati itu ialah anakmu dan anak yang hidup ini ialah anakku!” Beginilah caranya kedua-dua wanita itu bertengkar. Apakah yang akan dilakukan oleh Salomo?

Dia memberi perintah supaya sebilah pedang dibawa kepadanya. Lalu dia berkata, “Potonglah anak yang hidup ini menjadi dua dan berikan satu bahagian kepada setiap wanita.”

Dua wanita berdiri di sebelah salah seorang pengawal yang sedang memegang seorang bayi dan sebilah pedang

“Jangan!” jerit ibu sebenar anak itu. “Tolong jangan bunuh bayi itu. Berikanlah bayi itu kepada dia!” Tetapi wanita yang seorang lagi berkata, “Tak payahlah tuanku berikan anak itu kepada sesiapa pun. Potong sahajalah anak itu menjadi dua.”

Akhirnya Salomo berkata, “Jangan bunuh anak itu! Berikan anak itu kepada wanita yang pertama. Dialah ibu sebenar anak itu.” Salomo tahu akan hal ini kerana ibu sebenar bayi itu sangat mengasihi anaknya sehingga dia sanggup memberikan anaknya kepada wanita yang lain agar anaknya tidak dibunuh. Apabila orang Israel mendengar bagaimana Salomo menyelesaikan masalah itu, mereka berasa gembira kerana mereka mempunyai seorang raja yang sangat bijak.

Semasa pemerintahan Salomo, Tuhan memberkati umat-Nya dengan menjadikan tanah di Kanaan subur. Gandum, barli, anggur, buah ara, dan makanan-makanan lain tumbuh dengan banyaknya. Rakyatnya memakai pakaian yang cantik, dan mereka tinggal di dalam rumah yang elok-elok. Semua orang hidup dengan mewah dan aman.

1 Raja-Raja 3:3-28; 4:29-34.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi