PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • sp ms. 11-12
  • Roh-Roh Jahat Itu Pembunuh!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Roh-Roh Jahat Itu Pembunuh!
  • Roh Orang Mati—Kawan atau Lawan? Wujud atau Tidak?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Lebih Berkuasa daripada Roh-Roh Jahat
    Belajar daripada Guru Agung
  • Ajaran Bible tentang Malaikat
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Masa Depan yang Gemilang
    Roh Orang Mati—Kawan atau Lawan? Wujud atau Tidak?
  • Apakah Kebenaran tentang Malaikat?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Roh Orang Mati—Kawan atau Lawan? Wujud atau Tidak?
sp ms. 11-12

Roh-Roh Jahat Itu Pembunuh!

Sejak dulu lagi, Syaitan dan roh-roh jahat bersifat kejam dan berbahaya. Pada zaman kuno, Syaitan membunuh ternakan dan hamba-hamba Ayub, seorang lelaki yang setia. Kemudian, apabila 10 orang anak Ayub berkumpul di dalam sebuah rumah, dia merobohkan rumah itu dengan “angin yang kencang” dan membunuh mereka semua. Selepas itu, Syaitan menyebabkan Ayub “dijangkiti bisul yang sangat teruk dari telapak kaki sampai kepalanya.”—Ayub 1:7-19; 2:7.

Pada zaman Yesus, roh-roh jahat membuat sesetengah orang bisu dan buta. (Matius 9:32, 33; 12:22) Mereka menyeksa seorang lelaki dan membuatnya melukai tubuhnya dengan batu. (Markus 5:5) Mereka juga menyebabkan seorang budak lelaki berteriak, menghempaskannya ke tanah, dan “membuatnya menggigil sambil terkejang-kejang dengan kuat.”—Lukas 9:42.

Syaitan dan roh-roh jahat mendatangkan bisul yang teruk kepada Ayub dan membuat orang lain terkejang-kejang

Pada zaman dahulu, roh-roh jahat menyebabkan sesetengah orang jatuh sakit dan membuat orang lain terkejang-kejang

Kini, Syaitan dan roh-roh jahat tetap mendahagakan darah. Sebenarnya, sejak diusir dari syurga, perbuatan jahat mereka semakin berleluasa. Laporan-laporan dari serata dunia membuktikan kekejaman mereka. Mereka menyebabkan sesetengah orang jatuh sakit. Ada yang diganggu pada waktu malam, sehingga tidak dapat tidur atau bermimpi ngeri. Yang lain mengalami deraan seksual. Ada pula yang menjadi gila, membunuh orang, atau membunuh diri.

Roh-roh jahat menyebabkan seorang lelaki bersikap ganas; ada yang diganggu pada waktu malam melalui mimpi ngeri

Kini, roh-roh jahat membuat sesetengah orang bersikap ganas; ada yang diganggu pada waktu malam sehingga bermimpi ngeri

Lintina, yang tinggal di Suriname, menceritakan bahawa satu roh jahat telah membunuh 16 orang ahli keluarganya serta menyeksanya dari segi fizikal dan mental selama 18 tahun. Menurut pengalamannya, dia berkata bahawa roh-roh jahat “gemar menyeksa mangsa-mangsa yang enggan menurut kehendak mereka sehingga mati.”

Namun, Yehuwa dapat melindungi hamba-hamba-Nya daripada serangan Syaitan.—Amsal 18:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi