PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • T-21 ms. 1-6
  • Nikmatilah Kehidupan Keluarga Yang Bahagia

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nikmatilah Kehidupan Keluarga Yang Bahagia
  • Nikmatilah Kehidupan Keluarga Yang Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimana Institusi Keluarga Bermula
  • Jalan Manakah Membawa Kejayaan?
  • Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Membina Keluarga yang Bahagia
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apakah Rahsia Kebahagiaan Keluarga?
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Nasihat Bijak untuk Kebahagiaan Keluarga
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Nikmatilah Kehidupan Keluarga Yang Bahagia
T-21 ms. 1-6

Nikmatilah Kehidupan Keluarga Yang Bahagia

Bolehkah sesebuah keluarga benar-benar bahagia?

Bagaimana?

Lihatlah keluarga-keluarga pada risalah ini. Mereka semua bahagia dan bersatu padu. Adakah anda kenal akan keluarga seperti ini? Keruntuhan unit keluarga sedang berlaku di merata-rata tempat. Masalah-masalah seperti perceraian, ketiadaan jaminan pekerjaan, kerumitan yang dihadapi oleh ibu tunggal atau bapa tunggal, dan kekecewaan menyumbang kepada krisis tersebut. Seorang pakar dalam hal-hal kekeluargaan mengeluh, “Dewasa ini, ramalan bahawa unit keluarga akan melenyap sudah menjadi perkara yang biasa didengari.”

Mengapakah keluarga pada masa kini dihujani masalah-masalah yang serius? Bagaimanakah kita boleh menikmati kehidupan keluarga yang bahagia?

Bagaimana Institusi Keluarga Bermula

Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu mengetahui bagaimana aturan perkahwinan dan institusi keluarga bermula. Jika kedua-dua aturan ini mempunyai seorang Pengasas​—yakni seorang Pencipta​—maka ahli-ahli keluarga perlulah bersandar pada-Nya untuk mendapatkan bimbingan. Sudah tentu Dialah yang paling tahu bagaimana kita dapat menikmati kehidupan keluarga dengan sepenuhnya.

Namun begitu, banyak orang percaya bahawa institusi keluarga tidak mempunyai seorang Pengasas. Perhatikan apa yang tercatat dalam Encyclopedia Americana (Ensiklopedia Amerikana), “Sesetengah cendekiawan cenderung mengesan asal mula perkahwinan kepada cara binatang berpasangan.” Walau bagaimanapun, Yesus Kristus pernah menyebut tentang penciptaan lelaki dan perempuan. Dia memetik kata-kata yang berwibawa daripada catatan awal Bible lalu berkata, “Mereka yang telah disatukan oleh [Tuhan] tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”​—Matius 19:4-6.

Memang benar kata-kata Yesus Kristus. Tuhan yang bijak pandai telah menciptakan pasangan manusia yang pertama dan mengahwinkan mereka. Dia mengatakan bahawa seorang lelaki mesti ‘bersatu dengan isterinya, dan mereka menjadi satu.’ Dengan berbuat demikian, Dia telah menyediakan asas supaya semua orang dapat menikmati kehidupan keluarga yang bahagia. (Kejadian 2:22-24) Jadi, mungkinkah masalah-masalah keluarga pada masa kini berlaku kerana orang mengejar cara hidup yang melanggar prinsip-prinsip yang diberikan oleh Pencipta kita seperti yang terkandung dalam Bible, iaitu Firman-Nya?

Jalan Manakah Membawa Kejayaan?

Seperti yang anda sedia maklum, dunia moden ini menggalakkan sikap mementingkan diri dan mengutamakan kepuasan diri. “Ketamakan itu sihat,” kata seorang ahli kewangan kepada sebuah kelas siswazah di Amerika Syarikat. “Anda boleh bersifat tamak dan pada masa yang sama berasa bangga akan diri sendiri.” Akan tetapi, usaha mengejar harta benda dan kekayaan tidak akan membawa kejayaan. Sikap mementingkan kebendaan merupakan salah satu ancaman yang utama kepada kebahagiaan keluarga kerana sikap ini menjejaskan hubungan sesama manusia dan menyebabkan sesebuah keluarga kehabisan masa dan wang. Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana dua pepatah daripada Bible dapat menolong kita mengetahui kunci kebahagiaan.

“Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih sayang, daripada makan daging lazat tetapi disertai kebencian.”

“Lebih baik makan sesuap makanan dengan fikiran yang tenang, daripada makan jamuan besar di rumah yang penuh dengan pertengkaran.”

Amsal 15:17; 17:1.

Kata-kata yang amat bermakna, bukan? Jika setiap keluarga mengamalkan prinsip-prinsip ini, bayangkan betapa berbezanya dunia sekarang! Bible juga memberi pedoman yang bernilai tentang cara ahli-ahli keluarga patut berkelakuan terhadap satu sama lain. Sila perhatikan beberapa nasihat yang diberikan dalam Bible.

Suami: ‘Harus mengasihi isterinya seperti mengasihi tubuh sendiri.’​—Efesus 5:28-30.

Nasihat ini walaupun ringkas, tetapi adalah amat berkesan! Bible juga mengarahkan suami untuk ‘memperlakukan isterinya dengan hormat.’ (1 Petrus 3:7) Dia berbuat demikian dengan memberi perhatian yang istimewa kepada isterinya, memperlakukan isterinya dengan lembut dan bertimbang rasa agar isteri yakin akan kasihnya. Seorang suami juga akan menghargai dan mendengar pendapat isterinya. (Bandingkan Kejadian 21:12.) Tidakkah anda setuju bahawa jika seorang suami memperlakukan isterinya dengan keprihatinan sepertimana dia ingin diperlakukan, keluarganya akan mendapat banyak manfaat?​—Matius 7:12.

Isteri: ‘Harus menghormati suaminya dengan mendalam.’​—Efesus 5:33.

Seorang isteri menyumbang kepada kebahagiaan keluarga dengan membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya yang berat. Inilah tujuan Tuhan bagi seorang isteri dalam sesebuah keluarga. Isteri seharusnya menjadi “seorang teman yang sesuai [pelengkap] untuk menolong dia [suami].” (Kejadian 2:18) Apabila seorang isteri menyokong keputusan-keputusan yang dibuat oleh suaminya dan bekerjasama dengan suaminya untuk mencapai matlamat keluarga, dia sedang menunjukkan bahawa dia menghormati suaminya. Isteri yang berbuat sedemikian sudah tentu akan membawa banyak manfaat kepada keluarganya.

Pasangan Suami Isteri: “Suami isteri harus setia kepada satu sama lain.”​—Ibrani 13:4.

Apabila suami isteri setia kepada satu sama lain, keluarga mereka pasti akan memperoleh manfaat. Sebaliknya, perzinaan selalunya memusnahkan sesebuah keluarga. (Amsal 6:27-29, 32) Maka, Bible memberikan nasihat yang bijak ini, “Hendaklah kamu berbahagia dengan isterimu dan bersukacitalah dengan gadis yang kamu kahwini . . . Mengapakah kamu tergila-gila kepada perempuan lain?”​—Amsal 5:18-20.

Ibu bapa: “Ajarilah anak cara hidup yang betul.”​—Amsal 22:6.

Apabila ibu bapa meluangkan masa dan memberikan perhatian kepada anak-anak mereka, kehidupan keluarga mereka pasti akan bertambah baik. Maka, Bible menggesa ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka prinsip-prinsip yang betul dan baik ‘semasa mereka di rumah ataupun berpergian, semasa mereka berehat ataupun bekerja.’ (Ulangan 11:19) Bible juga menyatakan bahawa ibu bapa patut menunjukkan yang mereka mengasihi anak-anak mereka dengan mendisiplinkan anak mereka.​—Efesus 6:4.

Anak-anak: “Anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa.”​—Efesus 6:1.

Kebanyakan orang dalam dunia ini tidak suka mematuhi undang-undang. Jadi, memanglah bukan senang untuk anda mentaati ibu bapa. Namun begitu, tidakkah anda bersetuju bahawa tindakan yang bijak adalah untuk melakukan apa yang disuruh oleh Pengasas keluarga? Dia tahu cara yang terbaik untuk menjadikan kehidupan keluarga kita lebih bahagia. Oleh itu, berusahalah dengan sedaya upaya untuk mentaati ibu bapa anda. Bertekadlah untuk menghindari godaan-godaan yang mendorong kita untuk berbuat jahat.​—Amsal 1:10-19.

Sejauh mana setiap ahli keluarga sanggup mengamalkan nasihat daripada Bible, sejauh itulah manfaat yang akan diperoleh oleh keluarga mereka. Mereka bukan sahaja dapat menikmati kehidupan keluarga yang bahagia sekarang, malah mereka mempunyai harapan bagi masa hadapan yang bahagia dalam dunia baru yang dijanjikan oleh Tuhan. (2 Petrus 3:13; Penyingkapan 21:3, 4) Maka, jadikanlah kebiasaan keluarga anda untuk mempelajari Bible bersama-sama!

Kecuali apabila dinyatakan sebaliknya, semua ayat Bible dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Malaysia (ALKITAB BM).

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi