PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rq pelajaran 16 ms. 31
  • Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan
  • Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sudahkah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Haruskah Saya Membaktikan Diri kepada Tuhan dan Dibaptis?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Kaum Muda​—Adakah Anda Sedia untuk Dibaptis?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
rq pelajaran 16 ms. 31

Pelajaran 16

Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan

Apakah yang mesti anda lakukan untuk menjadi sahabat Tuhan? (1, 2)

Bagaimanakah anda membaktikan diri kepada Tuhan? (1)

Bilakah anda patut dibaptis? (2)

Bagaimanakah anda boleh mendapat kekuatan untuk terus setia kepada Tuhan? (3)

1. Untuk menjadi sahabat Tuhan, anda mesti memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran dalam Bible (1 Timotius 2:3, 4), menaruh kepercayaan dalam perkara-perkara yang telah anda pelajari (Ibrani 11:6), bertaubat daripada dosa-dosa anda (Kisah 17:30, 31), dan mengubah haluan hidup anda. (Kisah 3:19) Kemudian, kasih anda untuk Tuhan harus mendorong anda untuk membaktikan diri kepada-Nya. Pembaktian diri dilakukan melalui doa peribadi anda. Dalam doa anda, anda meluahkan hasrat untuk membaktikan diri kepada Tuhan bagi melakukan kehendak-Nya.—Matius 16:24; 22:37.

2. Setelah anda membaktikan diri kepada Tuhan, anda harus dibaptis. (Matius 28:19, 20) Pembaptisan memaklumkan semua orang bahawa anda telah membaktikan diri kepada Yehuwa. Oleh itu, pembaptisan hanyalah bagi mereka yang cukup matang untuk membuat keputusan untuk berkhidmat kepada Tuhan. Ketika seseorang dibaptis, seluruh tubuh badannya harus dibenamkan sebentar dalam air.a—Markus 1:9, 10; Kisah 8:36.

3. Setelah anda membaktikan diri kepada Yehuwa, Dia menghendaki anda hidup selaras dengan janji anda. (Mazmur 50:14; Pengkhutbah 5:3, 4) Si Iblis akan mencuba menghalang anda daripada berkhidmat kepada Yehuwa. (1 Petrus 5:8) Namun demikian, dekatilah Tuhan melalui doa. (Filipi 4:6, 7) Pelajarilah Firman-Nya setiap hari. (Mazmur 1:1-3) Berpaut erat pada sidang. (Ibrani 13:17) Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, anda akan memperoleh kekuatan untuk terus setia kepada Tuhan. Dengan ini, anda dapat melakukan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Tuhan untuk selama-lamanya!

[Nota kaki]

a Sebagai persediaan untuk pembaptisan, anda digalakkan untuk mempelajari buku What Does the Bible Really Teach?, atau buku lain yang menyerupai buku ini yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi