PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bh ms. 252-ms. 254 per. 1
  • Adakah Yesus Dilahirkan pada Bulan Disember?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Yesus Dilahirkan pada Bulan Disember?
  • Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kelahiran Yesus—Bila dan Di Mana?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bilakah Yesus Lahir?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
bh ms. 252-ms. 254 per. 1

LAMPIRAN

Adakah Yesus Dilahirkan pada Bulan Disember?

BIBLE tidak memberitahu kita bila Yesus dilahirkan. Walau bagaimanapun, Bible memberi kita sebab yang kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa dia tidak dilahirkan pada bulan Disember.

Mari kita bincangkan keadaan cuaca sekitar bulan Disember di Betlehem, iaitu tempat lahir Yesus. Cuaca pada bulan Kislew dalam kalendar Yahudi (bersamaan bulan November/Disember) adalah sejuk disertai hujan. Bulan seterusnya ialah bulan Tebet (Disember/Januari). Bulan ini mengalami suhu tahunan yang paling rendah dan kadangkala, salji turun di kawasan pergunungan. Mari kita lihat apa yang terkandung di dalam Bible mengenai cuaca di kawasan sekitar Betlehem.

Menurut penulis Bible yang bernama Ezra, cuaca pada bulan Kislew sememangnya sejuk dan disertai hujan. Ezra menyatakan bahawa “pada hari kedua puluh bulan sembilan [Kislew],” sekumpulan orang telah berkumpul di Yerusalem dan mereka semua “menggigil kerana kesejukan.” Mereka berkata bahawa mereka “tidak tahan berdiri di tempat yang terbuka” kerana “hujan lebat.” (Ezra 10:9, 13; Yeremia 36:22) Itulah sebabnya para gembala yang hidup di sekitar kawasan Betlehem memastikan bahawa mereka dan biri-biri mereka tidak berada di luar pada waktu malam pada bulan Disember.

Tetapi, penulis Bible yang bernama Lukas menyatakan, “Pada malam itu [malam Yesus dilahirkan], beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang.” (Lukas 2:8-12, ABB) Perhatikan bahawa para gembala sedang menjaga biri-biri mereka di padang dekat Betlehem pada waktu malam. Adakah gambaran ini bersesuaian dengan cuaca sejuk dan hujan yang dialami di Betlehem pada bulan Disember? Sudah tentu tidak! Maka, fakta-fakta yang diberikan di dalam Bible tentang kelahiran Yesus menunjukkan bahawa dia tidak dilahirkan pada bulan Disember.a

Firman Tuhan menyatakan dengan tepat bila Yesus mati, tetapi tidak memberikan banyak maklumat tentang bila dia dilahirkan. Hal ini mengingatkan kita tentang kata-kata Raja Salomo, “Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.” (Pengkhutbah 7:1, ABB) Maka, kita tidak patut berasa hairan bahawa Bible memberi kita banyak maklumat tentang aktiviti penyebaran Yesus dan kematiannya, tetapi hanya sedikit maklumat tentang bila dia dilahirkan.

Gembala menjaga kawanan pada waktu malam di padang dekat Bethlehem

Semasa Yesus dilahirkan, para gembala dan biri-biri mereka berada di padang pada waktu malam

a Untuk maklumat lanjut, sila lihat buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning From the Scriptures), muka surat 176-179 yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi