Lagu 21
Berbahagialah Mereka yang Berbelas Kasihan!
Edisi Cetak
1. Orang yang belas kasihan
Indah dalam mata Tuhan.
Mereka memberitakan:
“Yah suka belas kasihan.”
Kerana belas kasihan,
Yah beri kita tebusan.
Belas kasihan-Nya limpah
Kepada kita yang lemah.
2. Orang yang belas kasihan
Diberkati, diampunkan.
Sejak Kristus menghadap Yah,
Mereka dapat rahmat-Nya.
Firman Tuhan diberita
Keempat penjuru dunia.
Mereka umum dengan ria:
“Kerajaan-Nya dah tiba.”
3. Pada masa penghakiman,
Orang yang belas kasihan
Pasti akan dikasihi;
Belas kasihan nikmati.
Pupuklah belas kasihan;
Contohi Kristus dan Tuhan.
Berusaha setiap hari,
Tunjuk sifat mulia ini.