Lagu 27
Berpihak kepada Yehuwa!
1. Dulu hati kita sedih pilu,
Disesatkan agama yang palsu.
Kini hati kita riang sungguh
Kerana kebenaran.
(KORUS)
Berpihak kepada
Tuhan Yehuwa;
Dia tidak abaikan
Umat setia-Nya.
Masyhurkan berita
Damai bahagia.
Pem’rintahan Kristus
‘Kan makmur jaya.
2. Kita girang hati sembah Tuhan,
Menaburkan benih Kerajaan,
Membantu semua rakan seiman,
Memuliakan nama Yah.
(KORUS)
Berpihak kepada
Tuhan Yehuwa;
Dia tidak abaikan
Umat setia-Nya.
Masyhurkan berita
Damai bahagia.
Pem’rintahan Kristus
‘Kan makmur jaya.
3. Kita percaya kepada Tuhan;
Ancaman Iblis tak digentarkan.
Biarpun m’reka ramai kita kurang,
Tuhan kekuatan kita.
(KORUS)
Berpihak kepada
Tuhan Yehuwa;
Dia tidak abaikan
Umat setia-Nya.
Masyhurkan berita
Damai bahagia.
Pem’rintahan Kristus
‘Kan makmur jaya.
(Lihat juga Mzm. 94:14; Ams. 3:5, 6; Ibr. 13:5.)