PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 20 ms. 23
  • Yesus Kristus Dibunuh

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Kristus Dibunuh
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perjamuan Malam Tuan
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Kristus Dikhianati dan Ditangkap
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Hidup Semula!
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Perjamuan Malam Tuan—Sambutan yang Memuliakan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 20 ms. 23
Yesus

BAHAGIAN 20

Yesus Kristus Dibunuh

Yesus memulakan sambutan baru; dia dikhianati dan digantung mati pada sebatang tiang

SELEPAS menghabiskan tiga tahun setengah untuk menjalankan kerja penyebaran dan pengajaran, Yesus tahu bahawa tidak lama lagi, kehidupannya di bumi akan berakhir. Para pemimpin agama telah berkomplot untuk membunuhnya, tetapi mereka takut akan kekecohan yang mungkin ditimbulkan oleh orang ramai yang menyanjung Yesus sebagai seorang nabi. Sementara itu, Syaitan berjaya mempengaruhi salah seorang daripada 12 orang rasul Yesus, iaitu Yudas Iskariot, untuk mengkhianati Yesus. Para pemimpin agama telah menawarkan 30 keping wang perak kepada Yudas untuk mengkhianati Yesus.

Pada malam terakhir, Yesus mengumpulkan rasul-rasulnya untuk menyambut Perayaan Paska. Selepas Yudas meninggalkan mereka, Yesus memperkenalkan sambutan baru yang dikenali sebagai Perjamuan Malam Tuan. Dia mengambil roti, berdoa, lalu mengedarkan roti itu kepada baki 11 orang rasulnya. “Inilah tubuhku, yang diberikan untuk kamu,” kata Yesus. “Berbuatlah demikian untuk mengenang aku.” Dalam cara yang sama, dia juga mengambil secawan wain lalu berkata, “Cawan wain ini perjanjian [Tuhan] yang baru, yang disahkan dengan darahku.”​—Lukas 22:19, 20.

Banyak perkara yang ingin disampaikan oleh Yesus kepada para rasulnya pada malam itu. Dia memberi mereka satu hukum yang baru​—​mereka perlu memperlihatkan kasih tanpa mementingkan diri sendiri. Dia berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikutku.” (Yohanes 13:34, 35) Memandangkan peristiwa-peristiwa tragik yang bakal berlaku, dia menggalakkan pengikut-pengikutnya untuk menguatkan semangat mereka. Yesus berdoa bagi pihak mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan dan kemudian menuju ke Taman Getsemani. Pada masa itu, hari sudah gelap.

Di Taman Getsemani, Yesus berlutut lalu berdoa kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh. Beberapa lama kemudian, sekumpulan askar yang bersenjata, imam-imam, dan beberapa orang yang lain sampai di sana untuk menahannya. Untuk menunjukkan Yesus kepada mereka, Yudas menghampiri Yesus lalu menciumnya. Semasa askar-askar itu menahan Yesus, rasul-rasulnya telah melarikan diri.

Di depan seluruh Majlis Agama Yahudi, Yesus menyatakan bahawa dia merupakan Anak Tuhan. Majlis Agama ini menganggap Yesus telah mengkufuri Tuhan dan patut dihukum mati. Yesus kemudiannya dibawa untuk berjumpa dengan seorang gabenor Roma yang bernama Pontius Pilatus. Walaupun dia mendapati Yesus tidak bersalah, dia masih menyerahkan Yesus kepada segerombolan orang yang memekik-mekik sambil menuntut supaya Yesus dibunuh.

Yesus dibawa ke Golgota dan dipakukan pada sebatang tiang. Secara mukjizat, siang hari menjadi gelap seperti malam. Lewat tengah hari itu, Yesus meninggal dan sebuah gempa bumi yang dahsyat berlaku. Tubuh Yesus diletakkan di dalam sebuah makam yang digali daripada batu besar. Adakah Yesus akan terus berada di dalam makam tersebut? Tidak. Mukjizat yang paling menakjubkan bakal berlaku!

​—Berdasarkan Matius bab 26 dan bab 27; Markus bab 14 dan bab 15; Lukas bab 22 dan bab 23; Yohanes bab 12 hingga bab 19.

  • Apakah sambutan baru yang dimulakan oleh Yesus?

  • Apakah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sebelum kematian Yesus?

PERANAN PENTING YESUS

Kematian Yesus memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan tujuan Yehuwa. Oleh sebab nyawa Yesus telah dipindahkan oleh daya aktif Tuhan ke dalam rahim Maria, Yesus dilahirkan sempurna. Maka, Yesus tidak perlu mati. Namun begitu, Yesus telah mengorbankan nyawanya agar umat manusia berpeluang hidup selama-lamanya dan menikmati kehidupan yang telah dihilangkan oleh Adam.a​—Matius 20:28; Lukas 1:34, 35; Yohanes 3:16, 36; 2 Petrus 3:13.

a Untuk perbincangan lanjut tentang nilai korban tebusan Yesus, lihat bab 5, buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi