PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lc ms. 11-17
  • Siapakah Pereka Asal?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siapakah Pereka Asal?
  • Adakah Kehidupan Diciptakan?
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Belajar daripada Sirip Ikan Paus
  • Meniru Sayap Burung Camar
  • Meniru Kaki Burung Camar
  • Siapakah yang Patut Mendapat Pengiktirafan?
  • Kesimpulan yang Logik
  • Belajarlah daripada Alam Semula Jadi
    Sedarlah!—2006
Adakah Kehidupan Diciptakan?
lc ms. 11-17
Burung camar dan ikan paus

Siapakah Pereka Asal?

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, para ahli sains dan jurutera telah banyak belajar daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (Ayub 12:7, 8) Mereka mengkaji dan meniru ciri-ciri reka bentuk pelbagai jenis makhluk dalam usaha menghasilkan produk baru dan memajukan produk yang sedia ada. Bidang ini dikenali sebagai bidang biomimetik. Seraya anda mempertimbangkan contoh-contoh yang berikut, tanyalah diri, “Siapakah yang sebenarnya patut menerima pengiktirafan atas semua reka bentuk ini?”

Belajar daripada Sirip Ikan Paus

Sirip ikan paus kelasa

Apakah yang dapat dipelajari oleh pereka kapal terbang daripada ikan paus kelasa? Nampaknya, banyak yang boleh dipelajari. Berat seekor ikan paus kelasa yang dewasa ialah kira-kira 30 tan, iaitu seberat sebuah trak yang membawa muatan penuh. Ikan paus ini mempunyai badan yang agak tegar, sirip besar yang berupa sayap, dan panjangnya pula mencecah 12 meter. Namun, ikan paus ini dapat bergerak di dalam air dengan sangat lincah.

Para penyelidik khususnya tertarik dengan cara binatang berbadan tegar ini dapat berpusing dalam bulatan yang sangat kecil. Kajian mereka mendedahkan bahawa rahsia pergerakan ikan paus kelasa terletak pada bentuk siripnya. Pinggir depan siripnya tidak licin seperti sayap sebuah kapal terbang, tetapi adalah bergerigi kerana mempunyai sederet bonjol yang dipanggil tuberkel.

Semasa ikan paus membelah air, tuberkelnya meningkatkan daya angkat dan mengurangkan daya seret. Bagaimana? Majalah Natural History menjelaskan bahawa tuberkel menyebabkan air mengalir dengan cepat di atas sirip ikan paus dalam putaran yang licin, biarpun ikan paus sedang naik pada sudut yang sangat curam.10

Siapakah pemegang paten alam semula jadi?

Bagaimanakah penemuan ini dapat dipraktikkan? Sayap kapal terbang yang direka mengikut bentuk sirip ikan paus kelasa tidak memerlukan banyak kelepak atau mekanisme lain untuk mengubah aliran udara. Sayap sebegitu lebih selamat dan mudah diselenggarakan. Pakar biomekanik yang bernama John Long percaya bahawa tidak lama lagi “kita mungkin melihat setiap kapal terbang jet dengan bonjol-bonjol seperti yang terdapat pada sirip ikan paus kelasa.”11

Meniru Sayap Burung Camar

Kita memang tahu bahawa sayap kapal terbang direka mengikut bentuk sayap burung. Namun, baru-baru ini para jurutera telah memajukan teknologi peniruan reka bentuk sayap burung ke tahap yang baru. Menurut majalah New Scientist, “Para penyelidik di Universiti Florida . . . telah membina sebuah pesawat prototaip kawalan jauh dengan meniru keupayaan burung camar yang dapat mengepak-ngepak di udara, menjunam dan naik secara mendadak.”12

Sayap kapal terbang kecil yang meniru sayap burung camar

Burung camar dapat bergerak dengan tangkas dan cekap. Pergerakannya yang menakjubkan dilakukan dengan melenturkan sayapnya pada sendi siku dan bahu. Dengan meniru reka bentuk sayap burung camar yang fleksibel, “pesawat prototaip yang berukuran 24 inci ini menggunakan sebuah motor kecil untuk mengawal satu siri batang logam yang menggerakkan sayap pesawat,” kata majalah itu. Sayap pesawat prototaip kecil ini yang direka dengan bijak membolehkannya untuk terkatung-katung di udara dan bergerak dengan cepat di celah bangunan-bangunan tinggi. Sesetengah anggota tentera berminat membina pesawat sebegini yang mudah dikendalikan untuk mencari senjata kimia dan biologi di bandar-bandar besar.

Meniru Kaki Burung Camar

Burung camar tidak membeku walaupun berdiri di atas ais. Bagaimanakah burung ini menyimpan haba di dalam badannya? Sebahagian daripada rahsianya terletak pada ciri mengagumkan yang dijumpai dalam sebilangan haiwan yang tinggal di kawasan beriklim sejuk. Ciri itu dipanggil penukar haba arus berlawanan (countercurrent heat exchanger).

Penukar haba arus berlawanan di dalam kaki burung camar membolehkannya berdiri di atas ais

Haba berpindah, kekal dalam badan. Sejuk kekal dalam tapak kaki

Apakah itu penukar haba arus berlawanan? Bagi memahaminya, bayangkan dua batang paip air yang diikat bersama. Air panas mengalir melalui salah satu paip dan air sejuk mengalir melalui paip yang satu lagi. Jika air panas dan air sejuk mengalir dalam arah yang sama, hampir separuh daripada haba yang terkandung dalam air panas akan berpindah ke air sejuk. Walau bagaimanapun, jika air panas dan air sejuk mengalir dalam arah yang bertentangan, hampir semua haba akan berpindah dari air panas ke air sejuk.

Semasa burung camar berdiri di atas ais, penukar haba di dalam kaki burung memanaskan darah yang mengalir dari tapak kakinya yang sejuk ke dalam badannya. Penukar haba menyimpan haba di dalam badan burung dan menghalang kehilangan haba dari tapak kakinya. Seorang jurutera mekanik dan aeronautik yang bernama Arthur P. Fraas menggambarkan reka cipta ini sebagai “salah satu penukar haba yang paling berkesan di dunia.”13 Reka cipta ini sangat bijak sehinggakan manusia telah menirunya.

Siapakah yang Patut Mendapat Pengiktirafan?

Kereta model yang meniru reka bentuk ikan kotak

Sebuah kereta model meniru reka bentuk ikan kotak yang stabil dan yang mempunyai daya seret yang rendah

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang menghasilkan sebuah robot berkaki lapan yang berjalan seperti kala jengking. Dan jurutera di negara Finland sudah pun menghasilkan sebuah traktor berkaki enam yang boleh melangkaui halangan seperti seekor serangga gergasi. Sebuah pengeluar kereta sedang menghasilkan kenderaan yang meniru reka bentuk ikan kotak (Ostraciodontidae) yang mempunyai daya seret yang rendah. Para penyelidik lain pula sedang mengkaji cangkerang abalone yang mampu menyerap kejutan dengan tujuan membuat perisai badan yang lebih ringan dan kuat.

Ikan lumba-lumba

Sonar buatan manusia tidak setanding sonar ikan lumba-lumba

Begitu banyak idea yang baik dikaji daripada dunia semula jadi sehinggakan para penyelidik telah menubuhkan satu pangkalan data yang mengkatalogkan ribuan sistem biologi yang berlainan. Ahli sains boleh menggunakan pangkalan data ini untuk mencari “penyelesaian semula jadi kepada masalah reka cipta mereka,” kata The Economist. Sistem biologi yang terkandung di dalam pangkalan data ini dikenali sebagai paten biologi. Biasanya, pemegang paten ialah seseorang atau sesebuah syarikat yang mendaftar hak cipta untuk idea atau mesin yang baru secara sah. Berkenaan pangkalan data yang mengandungi paten biologi ini, The Economist menyatakan, “Dengan memanggil idea atau reka cipta biomimetik sebagai ‘paten biologi’, secara tidak langsung, para penyelidik sedang menunjukkan bahawa alam semula jadi merupakan pemegang paten yang sebenar.”14

Cangkerang abalone

Ahli sains sedang mengkaji cangkerang abalone yang mampu menyerap kejutan

Mengapakah terdapat begitu banyak idea yang bijak dalam alam semula jadi? Ramai penyelidik menyatakan bahawa reka bentuk yang bijak dalam alam semula jadi berlaku secara kebetulan menerusi proses evolusi yang memakan masa berjuta-juta tahun. Penyelidik yang lain pula membuat kesimpulan yang berbeza. Ahli mikrobiologi yang bernama Michael J. Behe menulis dalam The New York Times yang bertarikh 7 Februari 2005, “Reka cipta [dalam alam semula jadi] yang jelas kelihatan menyokong hujah berikut yang ringkas tetapi meyakinkan: jika rupa, cara berjalan, dan bunyi yang dikeluarkan oleh sesuatu menyerupai seekor itik, dan tiada bukti kukuh lain yang menunjukkan sebaliknya, kita dapat menyimpulkan bahawa haiwan itu memanglah seekor itik.” Apakah kesimpulannya? “Jika alam semula jadi memperlihatkan reka bentuk yang jelas dan ketara, janganlah kita menafikannya.”15

Kaki cicak

Cicak boleh melekap pada permukaan yang sangat licin dengan menggunakan daya molekul

Tentu sekali, jurutera yang mereka bentuk sayap kapal terbang yang lebih selamat dan cekap layak diberi pengiktirafan. Begitu juga, pereka cipta yang menghasilkan kenderaan bermotor yang lebih cekap atau mesin yang lebih baik layak dipuji atas rekaannya. Sesungguhnya, pengeluar yang meniru rekaan orang lain tetapi gagal untuk memberi pengiktirafan kepada pereka cipta yang asal boleh dianggap sebagai penjenayah.

Sekarang, pertimbangkan fakta-fakta ini: Bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan yang rumit, para penyelidik yang berkelulusan tinggi meniru sistem alam semula jadi tetapi produk yang dihasilkan oleh mereka tidak setanding produk alam semula jadi. Namun, sesetengah daripada mereka menganggap bahawa kebijaksanaan idea asal datangnya daripada proses evolusi yang tidak berminda. Adakah hal ini munasabah? Jika produk yang ditiru memerlukan seorang pereka yang bijak pandai, bagaimana pula dengan produk yang asal? Sememangnya, siapakah yang layak diberi lebih banyak pengiktirafan​—jurutera yang asal atau perantis yang meniru reka cipta jurutera yang asal?

Kesimpulan yang Logik

Setelah meninjau bukti tentang reka cipta dalam dunia semula jadi, ramai orang bersetuju dengan penulis Bible yang bernama Paulus. Dia berkata, ‘Sifat-sifat Tuhan yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Tuhan, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya.’​—Roma 1:19, 20.

Apakah Jawapan Anda?

  • Adakah masuk akal bagi anda untuk percaya bahawa kejuruteraan yang bijak dalam alam semula jadi muncul secara kebetulan?

  • Bagaimanakah anda akan menjawab dakwaan bahawa kehidupan hanya kelihatan seolah-olah direka cipta?

Lelabah yang menghasilkan sarang

Berlaku Secara Kebetulan?

Jika produk yang ditiru memerlukan seorang pereka cipta, bagaimana pula dengan produk yang asal?

Gentian

  • Gentian Kevlar

    Produk buatan manusia: Kevlar ialah sejenis gentian buatan manusia yang kuat dan digunakan dalam barangan seperti baju kalis peluru. Bagi membuat Kevlar, suhu tinggi dan pelarut berbahaya digunakan.

  • Produk semula jadi: Lelabah daripada famili Araneidae boleh menghasilkan tujuh jenis benang sutera. Salah satu benang ini lebih ringan daripada gentian kapas, tetapi lebih kuat daripada dawai keluli dan Kevlar yang mempunyai berat yang sama. Sarang yang diperbuat daripada benang ini yang dibesarkan menjadi saiz padang bola sepak (tebal benang satu sentimeter, jarak antara benang empat sentimeter) boleh menghentikan sebuah jet jumbo yang sedang terbang di udara! Lelabah menghasilkan benang sutera ini pada suhu bilik dan menggunakan air sebagai pelarut.

Pandu arah

  • Kapal terbang

    Produk buatan manusia: Sesetengah pesawat komersial mempunyai sistem juruterbang automatik yang berasaskan komputer. Sistem ini bukan sahaja dapat membantu sebuah pesawat terbang dari sebuah negara ke negara yang lain, malah dapat mendaratkan pesawat itu. Saiz komputer yang digunakan dalam satu eksperimen sistem juruterbang automatik adalah lebih kurang saiz sekeping kad kredit.

  • Produk semula jadi: Kupu-kupu monarch dapat berhijrah sejauh 3,000 kilometer dari negara Kanada ke sebuah kawasan hutan yang kecil di Mexico meskipun otaknya hanya sebesar tanda noktah di hujung ayat ini. Kupu-kupu ini bergantung pada matahari untuk membantunya mencari arah, dan berupaya membuat penyesuaian mengikut pergerakan matahari di langit.

Kanta

  • Mata majmuk tiruan pada kepala jarum

    Produk buatan manusia: Para jurutera telah menghasilkan mata majmuk tiruan yang dapat memuatkan 8,500 kanta ke dalam ruang sebesar saiz kepala pin. Kanta-kanta sedemikian dapat digunakan dalam alat pengesan pergerakan yang berkelajuan tinggi dan kamera berbilang arah yang sangat nipis.

  • Produk semula jadi: Setiap mata pada seekor pepatung terdiri daripada 30,000 kanta. Kanta-kanta ini menghasilkan imej yang bergabung untuk menghasilkan pandangan mozek yang lebar. Mata majmuk pepatung dapat mengesan pergerakan dengan sangat cekap.

    Pepatung
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi