PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 3
  • Bagaimanakah Kebenaran Bible Ditemui Semula?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Kebenaran Bible Ditemui Semula?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Aku Akan Sentiasa Menyertai Kamu”
    Menara Pengawal—2012
  • Yakinlah bahawa Anda Memiliki Kebenaran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Adakah Kebenaran Masih Penting?
    Topik-Topik Lain
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 3

PELAJARAN 3

Bagaimanakah Kebenaran Bible Ditemui Semula?

Sekumpulan lelaki sedang belajar Bible pada 1870-an

Pelajar Bible, 1870-an

Seorang lelaki sedang membaca isu pertama Menara Pengawal

Terbitan pertama majalah pembelajaran, 1879

Seorang wanita sedang memegang majalah Menara Pengawal dan Majalah Berita

Majalah pembelajaran hari ini

Nubuat Bible mengatakan bahawa selepas Kristus mati, guru palsu akan muncul dalam sidang Kristian masa awal dan memesongkan ajaran Bible. (Kisah 20:29, 30) Akhirnya, hal itu benar-benar berlaku. Mereka mencampuradukkan ajaran Yesus dengan ajaran agama kafir lalu terbentuklah agama Kristian palsu. (2 Timotius 4:3, 4) Hari ini, bagaimanakah kita pasti bahawa kita memiliki pemahaman tepat tentang apa sebenarnya ajaran Bible?

Tiba masanya bagi Yehuwa menyingkapkan kebenaran. Dia menubuatkan bahawa pada ‘akhir zaman, pengetahuan yang benar akan berlimpah-limpah.’ (Daniel 12:4) Pada tahun 1870, sekumpulan kecil orang yang mendahagakan kebenaran menyedari bahawa banyak ajaran gereja tidak berdasarkan Bible. Oleh itu, mereka berusaha memahami ajaran asal Bible, dan Yehuwa memberi mereka pemahaman rohani.

Orang yang berhati jujur mengkaji Bible. Sehingga kini, kami mengikuti cara pembelajaran yang digunakan Pelajar Bible (yang kemudiannya dikenal sebagai Saksi-Saksi Yehuwa). Mereka membincangkan topik Bible satu demi satu. Jika mereka menjumpai ayat Bible yang sukar difahami, mereka akan mencari ayat-ayat lain untuk menjelaskannya. Selepas mencapai kesimpulan yang selaras dengan seluruh Bible, mereka akan mencatatkannya. Dengan membiarkan Bible menjelaskan ajarannya, mereka menemui semula kebenaran tentang nama Tuhan, Kerajaan-Nya, tujuan-Nya bagi manusia dan bumi, keadaan orang mati, serta harapan pembangkitan. Hasilnya, mereka bebas daripada cengkaman kepercayaan dan amalan palsu.​—Yohanes 8:31, 32.

Pada tahun 1879, Pelajar Bible sedar bahawa mereka patut menyebarkan kebenaran Bible. Jadi pada tahun itu, mereka mula menghasilkan majalah Menara Pengawal​—Mengumumkan Kerajaan Yehuwa yang masih diterbitkan hari ini. Kini kami memberitakan kebenaran Bible di lebih daripada 240 negara dan kawasan serta dalam lebih daripada 750 bahasa. Sememangnya, pengetahuan yang benar begitu melimpah!

  • Apakah yang berlaku kepada kebenaran Bible selepas Kristus mati?

  • Bagaimanakah kami dapat menemui semula kebenaran Bible?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi