PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 21
  • Apakah Itu Bethel?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Itu Bethel?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perbuatan Baik Tidak Akan Dilupakan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 21

PELAJARAN 21

Apakah Itu Bethel?

Dua orang Saksi-Saksi Yehuwa bekerja di Bahagian Seni, Bethel

Bahagian Seni, A.S.

Salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa bekerja di bahagian pencetakan, Bethel di Jerman

Jerman

Salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa bekerja di dobi Bethel, Kenya

Kenya

Para pelayan menyediakan meja makan di ruang makan Bethel, Colombia

Colombia

Perkataan Bethel dalam bahasa Ibrani bererti “Rumah Tuhan.” (Kejadian 28:17, 19, nota kaki) Nama ini sesuai bagi bangunan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di seluas dunia untuk mengatur dan menyokong kerja penyebaran. Dari ibu pejabat sedunia di negeri New York, A.S., Badan Pimpinan menyelia aktiviti pejabat cawangan di banyak negara. Sebagai satu kumpulan, mereka yang berkhidmat di Bethel dipanggil keluarga Bethel. Mereka tinggal, bekerja, makan, dan mempelajari Bible bersama-sama.​—Mazmur 133:1.

Tempat istimewa di mana ahli keluarga Bethel menunjukkan sikap rela berkorban. Di setiap Bethel, terdapat lelaki dan wanita Kristian yang setia melakukan kehendak Tuhan serta menyokong kerja Kerajaan Tuhan dengan sepenuh masa. (Matius 6:33) Mereka tidak dibayar gaji, tetapi diberikan tempat tinggal dan makanan serta elaun untuk perbelanjaan peribadi. Setiap ahli Bethel diberikan tugasan tertentu, sama ada di pejabat, dobi, dapur, atau ruang makan. Ada yang berkhidmat di bahagian pencetakan atau penjilidan buku, pembersihan, penyelenggaraan, dan sebagainya.

Tempat sibuk yang menyokong kerja penyebaran. Matlamat utama Bethel adalah untuk menyebarkan kebenaran Bible kepada seramai orang yang mungkin. Contohnya, brosur ini ditulis di bawah pengawasan Badan Pimpinan lalu dihantar menerusi komputer kepada ratusan kumpulan penterjemah di serata dunia. Kemudian, brosur ini dicetak di beberapa Bethel yang mempunyai mesin cetak berkelajuan tinggi lalu dihantar ke lebih daripada 110,000 buah sidang. Setiap langkah proses ini disokong sepenuhnya oleh keluarga Bethel. Inilah caranya mereka menyokong kerja terpenting, iaitu kerja menyebarkan berita baik.​—Markus 13:10.

  • Siapakah yang berkhidmat di Bethel? Apakah kemudahan yang disediakan bagi mereka?

  • Apakah kerja terpenting yang disokong oleh Bethel?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi