PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 22
  • Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Projek Pembinaan Menyokong Kerja Penyebaran Sedunia
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Cara-Cara untuk Meluaskan Khidmat Anda
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Projek Pembinaan yang Disiapkan sebelum Pandemik
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Penyelia yang Menggembala Kawanan
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 22

PELAJARAN 22

Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?

Sekumpulan lelaki mengatur kerja untuk pejabat cawangan di Kepulauan Solomon

Kepulauan Solomon

Seorang Saksi-Saksi Yehuwa bekerja di pejabat cawangan Kanada

Kanada

Lori untuk menghantar bahan bacaan

Afrika Selatan

Ahli keluarga Bethel berkhidmat di pelbagai bahagian bagi menyokong aktiviti penyebaran di satu atau beberapa negara. Mereka mungkin menterjemah, mencetak majalah, menjilid buku, mengendalikan stok bahan bacaan, menghasilkan bahan audio/video, atau menguruskan hal ehwal kawasan di bawah jagaan pejabat cawangan.

Jawatankuasa Cawangan menyelia aktiviti pejabat cawangan. Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada tiga atau lebih orang penatua yang layak. Mereka ditugaskan oleh Badan Pimpinan untuk mengawasi aktiviti di pejabat cawangan mereka. Mereka memaklumkan Badan Pimpinan tentang kemajuan aktiviti di negara di bawah pengawasan mereka atau masalah yang mungkin timbul. Laporan mereka membantu Badan Pimpinan untuk menentukan topik-topik yang sesuai dibincangkan dalam bahan bacaan, perjumpaan, dan perhimpunan. Wakil-wakil Badan Pimpinan akan melawat pejabat cawangan dari masa ke masa dan membantu Jawatankuasa Cawangan melaksanakan tugas mereka. (Amsal 11:14) Wakil ibu pejabat itu akan menyampaikan ceramah dalam satu program khas yang diadakan untuk menggalakkan saudara saudari yang tinggal di kawasan pejabat cawangan.

Bantuan diberikan kepada sidang tempatan. Saudara yang bertanggungjawab di pejabat cawangan meluluskan pembentukan sidang baharu. Mereka mengaturkan aktiviti perintis, perintis seberang laut, dan penyelia litar yang berkhidmat di kawasan pejabat cawangan. Mereka juga mengaturkan perhimpunan dan konvensyen, menguruskan pembinaan Dewan Perjumpaan yang baharu, dan memastikan bahawa sidang tempatan menerima bahan bacaan yang diperlukan. Melalui kerja yang dilakukan di pejabat cawangan, kerja penyebaran dapat dijalankan dengan teratur.​—1 Korintus 14:33, 40.

  • Bagaimanakah Jawatankuasa Cawangan membantu Badan Pimpinan?

  • Apakah kerja yang dilakukan di pejabat cawangan?

MARILAH BELAJAR

Kunjungilah pejabat cawangan kami. Lawatan diadakan pada Isnin hingga Jumaat. Sila hubungi pejabat cawangan untuk membuat aturan terlebih dahulu. Semasa anda datang, sila berpakaian seperti semasa menghadiri perjumpaan. Iman anda pasti bertambah kukuh setelah melawat Bethel.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi