PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 25
  • Mengapakah dan Bagaimanakah Dewan Perjumpaan Dibina?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah dan Bagaimanakah Dewan Perjumpaan Dibina?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kerja Pembinaan yang Memuliakan Yehuwa
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • Inilah Tempat Ibadat Kita
    Menara Pengawal—2015
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 25

PELAJARAN 25

Mengapakah dan Bagaimanakah Dewan Perjumpaan Dibina?

Para sukarelawan bagi projek pembinaan Dewan Perjumpaan di Bolivia

Bolivia

Dewan Perjumpaan di Nigeria sebelum diubahsuai
Dewan Perjumpaan di Nigeria selepas dibina semula

Nigeria, sebelum dan selepas

Tapak pembinaan Dewan Perjumpaan di Tahiti

Tahiti

Di Dewan Perjumpaan, kami berbincang tentang Kerajaan Tuhan yang merupakan ajaran utama Bible serta tema penyebaran Yesus.​—Lukas 8:1.

Dewan Perjumpaan ialah pusat ibadat sejati. Dewan ini ialah tempat di mana Saksi-Saksi Yehuwa mengaturkan aktiviti penyebaran di kawasan tempatan. (Matius 24:14) Saiz dan reka bentuk Dewan Perjumpaan berbeza-beza, tetapi hiasannya tidak mewah. Kebanyakan dewan juga digunakan oleh beberapa sidang. Kebelakangan ini, kami telah membina puluhan ribu Dewan Perjumpaan yang baharu (secara puratanya lima buah dewan setiap hari) agar dapat menampung bilangan sidang yang semakin bertambah. Bagaimanakah kami melakukannya?​—Matius 19:26.

Kos pembinaan diambil daripada dana untuk pembinaan Dewan Perjumpaan. Sumbangan dihantar ke pejabat cawangan supaya sidang-sidang yang perlu membina atau mengubah suai Dewan Perjumpaan boleh menggunakan wang ini.

Kerja pembinaan dilakukan oleh sukarelawan daripada pelbagai latar belakang. Di banyak negara, Kumpulan Pembinaan Dewan Perjumpaan ditubuhkan. Ahli-ahli kumpulan ini bersama pekerja sukarela berpindah dari satu sidang ke sidang lain dalam sebuah negara, termasuk kawasan pedalaman, untuk membantu sidang tempatan membina dewan mereka. Di negara lain, Saksi-Saksi yang mahir telah dilantik untuk mengawasi pembinaan dan pengubahsuaian Dewan Perjumpaan dalam kawasan tertentu. Mereka datang untuk membantu secara sukarela dalam setiap projek pembinaan. Meskipun begitu, kebanyakan sukarelawan di tapak pembinaan terdiri daripada ahli sidang tempatan. Kuasa suci Yehuwa dan usaha tekun umat-Nya membolehkan kami melakukan semua ini.​—Mazmur 127:1; Kolose 3:23.

  • Bagaimanakah kami dapat membina Dewan Perjumpaan di serata dunia?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi