PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 1 ms. 4-5
  • Rahsia yang Membuat Kita Gembira

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rahsia yang Membuat Kita Gembira
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kandungan
    Sedarlah!—2018
  • ‘Kebijaksanaan Tuhan dalam Suatu Rahsia Suci’
    Hampirilah Yehuwa
  • Tuhan Menjanjikan Sebuah Firdaus
    Buku Cerita Bible Saya
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 1 ms. 4-5
Malaikat-malaikat mendengar ketika Yesus mengajar orang tentang Kerajaan Tuhan

PELAJARAN 1

Rahsia yang Membuat Kita Gembira

Pernahkah orang beritahu adik rahsia?—a Bible ada memberitahu “rahsia” istimewa daripada Tuhan. Ramai orang tidak tahu tentang rahsia ini. Malaikat juga ingin tahu lebih banyak tentang rahsia ini. Adakah adik ingin tahu juga?—

Apakah yang malaikat-malaikat ini ingin tahu?

Pada masa dahulu, Tuhan telah menciptakan Adam dan Hawa. Mereka ialah lelaki dan perempuan yang pertama. Tuhan memberi mereka tempat tinggal yang cantik, iaitu Taman Eden. Jika Adam dan Hawa taat kepada Tuhan, mereka dan anak mereka dapat menjadikan seluruh bumi ini cantik seperti Taman Eden. Mereka juga dapat tinggal di Firdaus selama-lamanya. Ingatkah adik apa yang telah Adam dan Hawa lakukan?—

Adam dan Hawa tidak taat kepada Tuhan, itulah sebabnya kita tidak dapat tinggal di firdaus sekarang. Tetapi, Tuhan kata bahawa Dia akan jadikan seluruh bumi ini cantik, dan semua orang akan hidup selama-lamanya dengan gembira. Bagaimanakah Dia akan lakukan hal ini? Untuk waktu yang lama, ramai orang tidak tahu rahsia ini.

Apabila Yesus datang ke bumi, dia mengajar orang lebih banyak tentang rahsia ini. Dia berkata bahawa rahsia itu adalah tentang Kerajaan Tuhan. Yesus menyuruh orang untuk berdoa supaya Kerajaan ini datang. Kerajaan ini akan menjadikan bumi suatu firdaus yang cantik.

Adakah adik tidak sabar untuk mengetahui rahsia ini?— Ingatlah, hanya orang yang taat kepada Yehuwa akan hidup di Firdaus. Bible memberitahu kita banyak cerita tentang lelaki dan perempuan yang taat kepada Yehuwa. Adakah adik mahu belajar tentang mereka?— Mari kita lihat siapa mereka dan bagaimana kita boleh tiru mereka.

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • Markus 4:11

  • 1 Petrus 1:12

  • Kejadian 1:26-28; 2:8, 9; 3:6, 23

  • Matius 6:9, 10

  • Mazmur 37:11, 29

a Dalam setiap cerita, beberapa soalan diikuti dengan tanda ini (—). Adalah baik untuk berhenti seketika dan biar anak anda berikan jawapannya.

SOALAN:

  • Mengapakah bumi bukan lagi firdaus?

  • Apakah rahsia istimewa yang terdapat dalam Bible?

  • Apakah yang Yesus katakan tentang rahsia ini?

  • Apakah yang perlu adik lakukan untuk hidup di Firdaus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi