Lagu 154
Terus Bertahan Sampai Akhir
Kuharus tabah
menempuh duka dan lara.
Biar derita
Yesus tak pernah menyerah.
Janji-Mu sentiasa
meneguhkan dia.
(KORUS)
Tabahkanlah hatiku
dalam khidmat suci.
Kasih-Mu mendukungku,
agar kubertahan sampai akhir.
Di hidup ini
ribut badai aku redah.
Kumerenungkan
harapan hidup yang cerah.
Kerana janji-Mu
hasratku berkobar.
(KORUS)
Tabahkanlah hatiku
dalam khidmat suci.
Kasih-Mu mendukungku,
agar kubertahan sampai akhir.
Kutakkan goyah
atau berasa gelisah.
Dengan setia
menyembah-Mu selamanya.
Teruslah bertabah;
akhir dekat sudah.
(KORUS)
Tabahkanlah hatiku
dalam khidmat suci.
Kasih-Mu mendukungku,
agar kubertahan sampai akhir.
(Lihat juga Kis. 20:19, 20; Yak. 1:12; 1 Ptr. 4:12-14.)