PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 9 ms. 26-ms. 27 per. 1
  • Membesar di Nasaret

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Membesar di Nasaret
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
  • Yesus yang Masih Muda
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Maria Hamil tetapi Belum Berkahwin
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 9 ms. 26-ms. 27 per. 1
Yusuf mengajar Yesus untuk menjadi tukang kayu

BAB 9

Membesar di Nasaret

MATIUS 13:55, 56 MARKUS 6:3

  • YUSUF DAN MARIA MENDAPAT ANAK-ANAK LAIN

  • YESUS MENJADI TUKANG KAYU

Yesus membesar di Nasaret, sebuah kota kecil di kawasan Galilea. Kota itu terletak di utara Yudea. Di bahagian timur kota itu, terdapat sebuah tasik besar yang dipanggil Tasik Galilea.

Apabila Yesus berusia kira-kira dua tahun, Yusuf dan Maria berpindah dari Mesir ke Nasaret. Nampaknya pada waktu itu, mereka tidak mempunyai anak-anak lain. Tetapi kemudian, mereka mendapat beberapa orang anak lelaki, iaitu Yakobus, Yusuf, Simon, dan Yudas, dan beberapa orang anak perempuan. Ya, Yesus mempunyai sekurang-kurangnya enam orang adik lelaki dan perempuan.

Yesus juga mempunyai sanak saudara yang lain. Kita sudah kenal ibu saudaranya Elisabet dan sepupunya, Yohanes, yang tinggal di Yudea. Yesus mempunyai seorang lagi ibu saudara yang bernama Salome. Nampaknya Salome ialah adik Maria. Suami Salome ialah Zebedeus, dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Yakobus dan Yohanes. Kita tidak pasti sama ada Yesus meluangkan banyak masa bersama dua orang sepupunya ini semasa kecil, tetapi pada kemudian hari, mereka menjadi rasul-rasul Yesus dan bergaul rapat dengannya.

Yusuf ialah seorang tukang kayu, dan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia membesarkan Yesus seperti anaknya sendiri. Maka Yesus dipanggil “anak tukang kayu.” (Matius 13:55) Yesus mempelajari kemahiran bapanya, dan pada kemudian hari, dia juga dipanggil “tukang kayu.”​—Markus 6:3.

Yusuf dan Maria mengajar anak-anak mereka hal-hal rohani

Yusuf dan keluarganya mengutamakan hal-hal rohani. Yusuf dan Maria mematuhi Hukum Tuhan dan mengajar anak-anak mereka ‘semasa mereka di rumah, semasa mereka berjalan, semasa mereka berbaring, dan semasa mereka bangun.’ (Ulangan 6:6-9) Terdapat sebuah rumah ibadat di Nasaret, dan Yusuf mungkin selalu membawa keluarganya untuk beribadat di situ. Bible menyatakan bahawa Yesus pergi ke rumah ibadat “seperti yang dilakukannya pada setiap hari Sabat.” (Lukas 4:16) Mereka sekeluarga juga suka pergi ke Rumah Yehuwa di Yerusalem.

  • Yesus mempunyai sekurang-kurangnya berapa orang adik lelaki dan perempuan?

  • Apakah pekerjaan Yesus, dan mengapa?

  • Yusuf dan keluarganya mengutamakan apa? Jelaskan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi