PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 29 ms. 72-ms. 73 per. 8
  • Melakukan Mukjizat pada Hari Sabat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Melakukan Mukjizat pada Hari Sabat
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Mengasihi Orang
    Menara Pengawal—2015
  • Yesus Menyembuhkan Orang Sakit
    Buku Cerita Bible Saya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 29 ms. 72-ms. 73 per. 8
Yesus bercakap kepada lelaki yang sakit di kolam Betzata

BAB 29

Melakukan Mukjizat pada Hari Sabat

YOHANES 5:1-16

  • YESUS MENGINJIL DI YUDEA

  • DIA MENYEMBUHKAN SEORANG LELAKI DI KOLAM

Yesus pernah berkata, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku khabarkan juga di kota-kota lain.” Jadi meskipun kerja penyebarannya di Galilea mendapat sambutan yang baik, dia masih pergi “menyebarkan berita baik di dalam rumah-rumah ibadat di Yudea.” (Lukas 4:43, 44) Yesus pergi ke Yudea kerana musim bunga sudah tiba dan satu perayaan yang penting akan disambut di Yerusalem tidak lama lagi.

Tidak seperti orang Galilea, nampaknya orang Yudea tidak menerima Yesus kerana tidak ada banyak catatan tentang kerja penyebarannya di situ. Namun dia tetap giat menginjil dan berbuat baik.

Yesus pergi ke kota utama Yudea, iaitu Yerusalem, untuk menyambut Paska tahun 31 M. Di situ, terdapat sebuah kolam besar yang dipanggil Betzata. Kolam itu dikelilingi serambi dan terletak berdekatan Pintu Bebiri. Ramai orang yang sakit, buta, dan lumpuh, berbaring di serambi-serambi itu. Mengapa? Kerana orang percaya bahawa jika seseorang masuk ke dalam kolam itu semasa airnya berkocak, orang itu akan sembuh.

Sekarang ialah hari Sabat, dan Yesus nampak seorang lelaki berbaring dekat kolam itu. Lelaki itu sudah sakit selama 38 tahun. Yesus bertanya, “Adakah kamu ingin sembuh?” Lelaki itu menjawab, “Tuan, tiada sesiapa pun yang membantu aku masuk ke dalam kolam semasa air berkocak. Apabila aku hendak masuk, orang lain mendahului aku.”​—Yohanes 5:6, 7.

Kata-kata Yesus yang seterusnya mengejutkan lelaki itu dan orang lain yang sedang mendengar. Dia berkata, “Bangunlah! Angkat tikarmu, dan berjalanlah.” (Yohanes 5:8) Lelaki itu segera bangun, mengangkat tikarnya, dan berjalan!

Orang Yahudi bercakap kepada lelaki yang telah disembuhkan oleh Yesus

Tetapi orang Yahudi yang nampak mukjizat itu tidak gembira. Mereka berkata, “Hari ini ialah hari Sabat. Kamu melanggar hukum kerana mengangkat tikar kamu.” Lelaki itu menjawab, ‘Orang yang menyembuhkan aku berkata kepada aku, “Angkat tikarmu dan berjalanlah.”’ (Yohanes 5:10, 11) Orang Yahudi marah kerana seseorang telah melakukan penyembuhan pada hari Sabat.

“Siapakah lelaki yang berkata kepada kamu, ‘Angkat tikarmu dan berjalanlah’?” tanya mereka. Tetapi lelaki itu tidak tahu nama Yesus, dan Yesus “sudah menghilang antara orang ramai di situ.” (Yohanes 5:12, 13) Tidak lama kemudian, lelaki itu berjumpa dengan Yesus di Rumah Tuhan. Pada waktu itu barulah dia tahu bahawa orang yang telah menyembuhkannya ialah Yesus.

Kemudian lelaki itu memberitahu orang Yahudi bahawa Yesuslah yang menyembuhkannya. Setelah mendengarnya, orang Yahudi pergi kepada Yesus. Mengapa? Adakah kerana mereka ingin tahu bagaimana Yesus dapat melakukan perkara yang menakjubkan ini? Tidak. Mereka sebenarnya ingin menuduh Yesus kerana dia telah melakukan mukjizat pada hari Sabat. Mereka bahkan mula menganiayanya!

  • Mengapakah Yesus pergi ke Yudea? Apakah yang dilakukannya di situ?

  • Mengapakah ramai orang pergi ke kolam Betzata?

  • Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yesus di kolam itu? Apakah reaksi orang Yahudi terhadap mukjizat Yesus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi