PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 53 ms. 130-ms. 131 per. 7
  • Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Berjalan Di Atas Air
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yesus Meredakan Ribut
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Dia Melawan Rasa Takut dan Keraguan
    Tirulah Iman Mereka
  • Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 53 ms. 130-ms. 131 per. 7
Petrus berjalan di atas air, tetapi dia mula tenggelam; Yesus menghulurkan tangannya dan memegang Petrus

BAB 53

Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam

MATIUS 14:22-36 MARKUS 6:45-56 YOHANES 6:14-25

  • ORANG MAHU YESUS MENJADI RAJA

  • YESUS BERJALAN DI ATAS AIR DAN MEREDAKAN RIBUT

Orang kagum kerana Yesus dapat memberikan makanan kepada ribuan orang. Mereka menyimpulkan bahawa dia ialah Mesias, iaitu “Nabi yang dinubuatkan.” Mereka tahu bahawa dia pasti akan menjadi raja yang hebat. (Yohanes 6:14; Ulangan 18:18) Maka mereka mahu Yesus menjadi raja mereka.

Yesus tahu rancangan mereka, jadi dia segera menyuruh orang ramai bersurai. Dia juga menyuruh murid-muridnya menaiki perahu dan bertolak ke arah Betsaida dan kemudiannya ke Kapernaum. Setelah itu, dia pergi ke gunung seorang diri untuk berdoa.

Sebelum fajar menyingsing, Yesus nampak perahu murid-muridnya. Mereka “bersusah payah mendayung perahu” kerana ombak bergelora. (Markus 6:48) Yesus pun turun dari gunung dan berjalan di atas air ke arah mereka. Sementara itu, mereka telah “mendayung perahu kira-kira lima atau enam kilometer.” (Yohanes 6:19) Apabila mereka nampak bayang-bayang seorang lelaki berjalan di atas air, mereka menjerit ketakutan.​—Markus 6:49.

Yesus berkata kepada mereka, “Ini aku. Janganlah takut!” Petrus berkata, “Jika kamu benar-benar Tuan, suruhlah aku berjalan di atas air kepada Tuan.” “Marilah,” jawab Yesus. Petrus keluar dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju ke arah Yesus. Tetapi apabila Petrus melihat ke arah ribut, dia berasa takut dan mula tenggelam. Maka dia berseru, “Tuan, selamatkanlah aku!” Yesus segera menghulurkan tangannya lalu memegangnya dan berkata, “Alangkah kecilnya imanmu! Mengapa kamu ragu-ragu?”​—Matius 14:27-31.

Murid-murid Yesus kagum kerana selepas Petrus dan Yesus masuk ke dalam perahu, ribut itu pun reda. Patutkah mereka berasa kagum? Sepatutnya tidak, kerana Yesus baru sahaja melakukan mukjizat dan memberikan makanan kepada ribuan orang. Jika mereka memahaminya, mereka tidak akan berasa kagum. Selepas itu, mereka bersujud kepada Yesus sambil berkata, “Sememangnya Guru ialah Anak Tuhan.”​—Matius 14:33; Markus 6:52.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di Genesaret, di selatan Kapernaum. Apabila mereka keluar dari perahu, orang ramai segera mengenal Yesus. Maka orang ramai dan semua orang di sekitar kawasan itu membawa orang yang sakit kepadanya. Apabila orang yang sakit menyentuh hujung jubah Yesus, mereka sembuh sama sekali.

Sementara itu, orang yang nampak Yesus memberikan makanan kepada ribuan orang mendapati bahawa dia telah beredar. Jadi apabila beberapa buah perahu kecil dari Tiberias tiba, mereka menaiki perahu-perahu itu dan pergi ke Kapernaum untuk mencari Yesus. Apabila mereka menjumpainya, mereka bertanya kepadanya, “Rabbi, bilakah Rabbi sampai di sini?” (Yohanes 6:25) Yesus mengutuk perbuatan mereka. Mengapa? Bab seterusnya akan menjelaskan sebabnya.

  • Setelah orang ramai nampak Yesus memberikan makanan kepada ribuan orang, mereka ingin melakukan apa?

  • Mengapakah murid-murid Yesus tidak sepatutnya berasa kagum apabila mereka nampak dia berjalan di atas air dan meredakan ribut?

  • Apakah yang berlaku setelah Yesus tiba di Kapernaum?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi