PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rj bahagian 3 ms. 8-9
  • Perasaan yang Dilukai—Apabila Orang Lain “Menyinggung Perasaan” Kita

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perasaan yang Dilukai—Apabila Orang Lain “Menyinggung Perasaan” Kita
  • Kembalilah kepada Yehuwa
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bolehkah Sesiapa “Memisahkan Kita daripada Kasih Tuhan”?
  • “Yehuwa Seolah-olah Sedang Bercakap dengan Saya”
  • Mengampuni dengan Rela
    Menara Pengawal—2015
  • Pengampunan Yehuwa​—Cara Anda Dapat Menirunya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Yehuwa Memberkati Orang yang Sudi Mengampuni
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Jangan Membuat Murid Yesus “yang bagaikan Anak Kecil” Tersandung
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
Lihat Selanjutnya
Kembalilah kepada Yehuwa
rj bahagian 3 ms. 8-9

BAHAGIAN TIGA

Perasaan yang Dilukai​—Apabila Orang “Menyinggung Perasaan” Kita

“Seorang saudari dalam sidang saya telah membuat tuduhan palsu. Dia menuduh saya mencuri wangnya. Ahli sidang yang lain mengetahui tentang hal ini dan mula memihak kepadanya. Namun, saudari itu akhirnya sedar bahawa saya tidak bersalah. Dia meminta maaf. Tetapi pengalaman pahit yang saya terpaksa lalui membuatkan saya berasa berat hati untuk memaafkannya.”​—Linda.

DAPATKAH anda memahami perasaan Linda yang terluka akibat tindakan seorang rakan seiman? Sedihnya, sesetengah orang begitu tersinggung dengan perbuatan rakan seiman sehingga aktiviti rohani mereka terjejas. Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Bolehkah Sesiapa “Memisahkan Kita daripada Kasih Tuhan”?

Kita mungkin berasa susah untuk memaafkan rakan seiman yang telah melukai hati kita. Namun, orang Kristian harus saling mengasihi. (Yohanes 13:34, 35) Jika kita diperlakukan dengan tidak adil oleh rakan seiman, kesedihan dan perasaan kecewa yang dialami boleh meninggalkan kesan yang mendalam.​—Mazmur 55:13.

Bible ada menyatakan bahawa rakan Kristian mungkin akan “menyinggung perasaan” kita. (Kolose 3:13) Jika hal ini berlaku, kita mungkin berasa susah untuk menangani situasi tersebut. Apakah yang dapat membantu kita? Mari kita selidiki tiga prinsip Bible:

Bapa kita di syurga mengetahui segala-galanya. Yehuwa memerhatikan semua perkara yang sedang berlaku, termasuk ketidakadilan dan penderitaan yang kita hadapi. (Ibrani 4:13) Selain itu, Yehuwa memahami perasaan kita apabila kita menderita. (Keluaran 3:7) Dia tidak pernah mengizinkan apa jua “kesengsaraan atau penderitaan,” termasuk perbuatan rakan seiman, untuk “memisahkan kita daripada kasih Tuhan.” (Roma 8:35, 38, 39) Tidakkah hal ini menggerakkan kita untuk bertekad agar tidak membenarkan apa-apa atau sesiapa pun untuk memisahkan kita daripada Yehuwa?

Memaafkan tidak bererti menutup sebelah mata terhadap kesalahan yang dilakukan. Apabila kita memaafkan orang lain, kita bukannya meremehkan atau menutup sebelah mata terhadap perbuatan salah mereka. Ingatlah, Yehuwa tidak pernah menyetujui perbuatan yang berdosa, tetapi Dia akan mengampuni orang itu jika terdapat sebab untuk berbuat demikian. (Mazmur 103:12, 13; Habakuk 1:13) Apabila Yehuwa menggalakkan kita untuk memaafkan orang, Dia sebenarnya menyeru kita untuk meniru sifat-Nya, iaitu tidak menyimpan dendam.​—Mazmur 103:9; Matius 6:14.

Kita akan meraih manfaat jika kita tidak berdendam. Bagaimana? Bayangkan anda sedang memegang seketul batu dengan tangan anda ke hadapan. Jika anda memegang batu tersebut untuk jangka masa yang pendek, anda mungkin tidak akan berasa penat. Namun, bagaimana pula jika anda memegangnya untuk suatu jangka masa yang lama? Tangan anda pasti berasa letih. Berat batu itu tidak berubah. Tetapi semakin lama anda memegang batu itu, semakin berat rasanya, walaupun saiz batu itu agak kecil. Begitu juga, jika kita terus berdendam, kita akan menyakiti diri sendiri. Itulah sebabnya Yehuwa menggalakkan kita untuk tidak berdendam. Kita akan meraih manfaat jika kita berbuat demikian.​—Amsal 11:17.

Seorang saudari di Dewan Perjumpaan kelihatan sedih dan marah seraya dia memandang seorang saudari lain

Kita akan meraih manfaat jika kita tidak berdendam

“Yehuwa Seolah-olah Sedang Bercakap dengan Saya”

Apakah yang membantu Linda untuk tidak terus berdendam? Salah satu cara adalah dengan merenungkan ayat-ayat Bible yang menunjukkan kepentingan mengampuni orang lain. (Mazmur 130:3, 4) Hati Linda tersentuh. Dia sedar bahawa jika kita mengampuni orang, Yehuwa pun akan mengampuni kita. (Efesus 4:32–5:2) Semasa merenungkan ayat-ayat Bible, dia berkata, “Yehuwa seolah-olah sedang bercakap dengan saya.”

Lama-kelamaan, Linda tidak lagi menaruh dendam. Dia memaafkan saudari itu. Kini, mereka menjadi sahabat karib dan Linda dapat terus menyembah Yehuwa. Yakinlah bahawa Yehuwa ingin membantu anda untuk melakukan hal yang sama.

Muka depan buku Terus Hidup Di Bawah Naungan Kasih Tuhan

“Selepas meninggalkan Yehuwa, saya berasa pedih hati,” kata Marie, “tetapi setelah membaca buku Hampirilah Yehuwa, saya diingatkan bahawa Yehuwa amat baik dan pengasih. Kasih saya kepada Yehuwa juga dikuatkan semula.” Bab 26 dan 30 dalam buku ini membincangkan mengapa dan bagaimana Yehuwa mengampuni seseorang, dan cara kita dapat meniru-Nya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi