PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ypq soalan 7 ms. 21-23
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Tekanan untuk Mengadakan Hubungan Seks?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Tekanan untuk Mengadakan Hubungan Seks?
  • Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Tekanan Rakan Sebaya untuk Melakukan Hubungan Seks?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menjelaskan Pendirian Saya tentang Seks?
    Kaum Muda Bertanya
  • Adakah Seks Oral Merupakan Hubungan Seks?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Berhenti Berfikir tentang Seks?
    Kaum Muda Bertanya
Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
ypq soalan 7 ms. 21-23
Seorang remaja perempuan dengan tegas menolak pujukan daripada seorang lelaki

SOALAN 7

Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Tekanan untuk Mengadakan Hubungan Seks?

MENGAPA PENTING

Keputusan anda tentang hal ini akan mempengaruhi masa depan anda.

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Bayangkan situasi ini: Heather dan Mike sudah berdating selama dua bulan. Heather berasa dia sudah sangat mengenali Mike. Mereka sering menghantar SMS dan berbual berjam-jam dalam telefon. Malah mereka seolah-olah dapat membaca fikiran satu sama lain! Namun sekarang, Mike ingin hubungan mereka menjadi lebih intim lagi.

Setakat ini, Mike dan Heather hanya berpegang tangan dan kadangkala mereka bercium. Heather tidak ingin menurut pintaan Mike, tetapi dia juga takut dia akan kehilangannya. Mike sahajalah yang membuatnya berasa istimewa. Heather berbisik dalam hatinya: “Lagipun, saya dengan Mike memang saling mencintai . . .”

Jika anda cukup dewasa untuk berdating dan menghadapi situasi seperti Heather, apakah yang akan anda lakukan?

FIKIRLAH SEJENAK!

Sehelai pakaian dijadikan kain lap

Hubungan seks merupakan kurniaan Tuhan kepada suami isteri. Seseorang yang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin sebenarnya sedang menyalahgunakan kurniaan ini. Perbuatan ini boleh disamakan dengan seseorang yang menggunakan sehelai pakaian yang cantik, yang dihadiahkan kepadanya, sebagai kain lap

Jika anda melanggar hukum fizik, seperti melompat dari atas pokok dan cuba terbang seperti burung, anda pasti mendapat padah. Begitu juga, anda akan menuai akibatnya jika anda melanggar piawaian moral seperti: ‘Jauhi perbuatan seks yang tidak bermoral.’​—1 Tesalonika 4:3.

Apakah akibatnya jika seseorang tidak mematuhi perintah itu? Bible menyatakan, “Sesiapa yang mengamalkan perbuatan seks yang tidak bermoral berdosa terhadap tubuhnya sendiri.” (1 Korintus 6:18) Adakah kata-kata Bible benar?

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan anak muda yang terjerumus ke dalam perbuatan ini mengalami kesan-kesan buruk seperti berikut:

  • STRES. Kebanyakan orang muda yang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin berkata bahawa mereka menyesali perbuatan itu.

  • CURIGA. Setelah mengadakan seks, mereka berfikir, “Siapa lagi yang pernah tidur dengan dia?”

  • KECEWA. Kebanyakan perempuan menginginkan seseorang yang akan melindungi mereka, dan bukannya seseorang yang akan mengambil kesempatan terhadap mereka. Perasaan kebanyakan lelaki terhadap pasangan mereka pula menjadi pudar selepas mereka mengadakan hubungan intim.

  • Ingatlah: Hubungan intim sebelum berkahwin menyebabkan anda hilang maruah diri. (Roma 1:24) Tubuh anda sangat berharga. Jadi, janganlah menggadaikannya!

Tunjukkanlah tekad yang kuat untuk “menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral.” (1 Tesalonika 4:3) Suatu hari nanti, selepas berkahwin, anda boleh menikmati hubungan intim bersama pasangan anda. Pada masa itu, anda tidak akan berasa risau, sesal, atau gelisah, seperti yang sering dialami orang yang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.​—Amsal 7:22, 23; 1 Korintus 7:3.

APAKAH PENDAPAT ANDA?

  • Jika seseorang benar-benar mengambil berat tentang anda, adakah dia akan melakukan perkara yang mungkin menjejaskan kesihatan anda dan menyebabkan anda menderita secara emosi?

  • Jika seseorang mencintai anda, adakah dia ingin anda melakukan sesuatu yang dapat merosakkan hubungan anda dengan Tuhan?​—Ibrani 13:4.

PEREMPUAN SAHAJA

Seorang remaja perempuan duduk dan berfikir

Kebanyakan lelaki berkata bahawa mereka tidak akan berkahwin dengan gadis yang sudah ditiduri mereka. Mengapa? Kerana mereka ingin berkahwin dengan orang yang masih dara!

Hal ini mungkin mengejutkan anda atau membuat anda berasa marah. Filem dan rancangan TV sering menggambarkan seks antara remaja sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membawa kesan buruk. Hubungan seks bahkan dianggap sebagai lambang cinta sejati.

Tetapi, janganlah terpedaya! Lelaki yang memujuk anda untuk mengadakan seks hanya ingin memuaskan keinginannya.​—1 Korintus 13:4, 5.

LELAKI SAHAJA

Seorang remaja lelaki duduk dan berfikir

Jika anda sedang berdating, tanyalah diri: “Adakah saya benar-benar mengasihi girlfriend saya?” Jika ya, bagaimanakah anda dapat membuktikannya? Bertekadlah untuk mengikut piawaian Tuhan, pupuklah kebijaksanaan agar dapat mengelakkan situasi yang membangkitkan hawa nafsu, serta tunjukkanlah kasih dan utamakan kepentingannya.

Jika anda memupuk sifat-sifat ini, sudah pasti pasangan anda akan berasa seperti gadis Sulam yang berkata, “Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaannya.” (Kidung Agung 2:16) Pendek kata, dia akan lebih mencintai anda!

NASIHAT

Jika seseorang memujuk anda untuk mengadakan hubungan seks dengan berkata, “Kenapa tidak mahu? Kamu tidak sayang saya?” jawablah dengan tegas: “Kalau kamu sayang saya, kamu tidak akan minta saya buat begitu!”

Semasa bergaul dengan orang yang berlawanan jantina, ikutlah panduan ini: Jangan melakukan sesuatu yang tidak akan anda lakukan di hadapan ibu bapa anda.

RANCANGANKU

  • Apakah yang akan anda lakukan jika seseorang memujuk anda untuk mengadakan hubungan intim dengannya?

  • Apakah situasi yang mungkin menyebabkan anda berasa sukar untuk menolak pujukan itu?

  • Bagaimanakah anda dapat mengelakkan situasi itu?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi